10 perkara yang biasa orang persoalkan dan tidak pasti semasa Bulan Ramadhan.

1. Sebenarnya, nak korek hidung atau telinga di bulan puasa
tidak membatalkan puasa.  (sumber: [here] *no.2)


2. Tarawih tak semestinya mesti berjemaah.
Hatta sorang-sorang pun bole~ (sumber: [here])

credit


3. Tarawih berjemaah antara wanita dibolehkan...
Jadi kalau nak tarawih tak semestinya mesti pergi masjid.


4. Semua benda yang membatalkan puasa seperti
makan, minum, muntah dll tidak akan membatalkan
puasa jika tidak sengaja . *Tapi jangan la buat-buat
tak sengaja pulak... =__=

5. Cabut gigi tak membatalkan puasa~ (sumber: [here])

credit













6. Kita masih boleh makan di waktu imsak.
Imsak tu cuma satu peringatan yang
Waktu Subuh dah nak masuk...  (sumber: [here])

7. Kentut dalam air tidak membatalkan puasa. (sumber: [here])

8. Pitam atau pengsan sekejap tidak membatalkan puasa~
(sumber: [here])

credit













9. Kalau tak solat witir lepas tarawih pun boleh
tapi digalakkan untuk melakukannya. (sumber: [here])


credit


Benda ni biasanya berlaku bila kita solat di masjid,
imam tu nak solat 20 rakaat tapi kita cuma nak buat
8 rakaat. Jadi selepas habis 8 rakaat, kita boleh terus
keluar dari saf dan tak perlu buat witir dekat situ.
Takut nanti bila kita witir dkt situ, lepas tu keluar dari saf,
saf solat untuk orang yang solat 20 rakaat terputus dan
mengganggu mereka yang tengah meneruskan solat tarawih.

10. Kita boleh berpuasa walaupun belum 
mandi wajib pada waktu malam. mandi wajib
boleh dibuat selepas azan subuh sehingga
sekurang-kurangnya sebelum tengahari.
Tapi lagi elok, buat secepat mungkin.
Takkan nak tinggal solat subuh kan? (sumber: [here])

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Banyak lagi soalan-soalan yang sering dipersoalkan
dan korang bole la cari kat internet. Tapi yang penting
kena hati-hati, jangan terus percaya satu sumber
tu sesuka hati. Tanya terus orang lebih alim
pasal benda ni lagi bagus.

Perkara-perkara di atas ni pun saya memang sedia maklum.
Dah tanya ustaz ustazah. Cuma saya sengaja letak link,
mana tahu korang nak lebih maklumat
dan penerangan kan.

So that's all for the sharing. Happy Fasting everyone
May Allah Bless us

3 comments:

  1. banyak yang aku baru tahu rupanya..hihi.thanks for sharing info ^_^

    ReplyDelete
  2. sama2.. :) smpikan dgn org lain ~ ^^

    ReplyDelete
  3. Pakai ubat asthma n ubat NASAL (perhidungan, permataan n pertelingaan)??batal ka?

    ReplyDelete