Jenis-Jenis Announcement di Asrama Saya

Asslamualaikum dan Selamat Berpuasa semua...
Dah lama tak post sesuatu yang panjang2 kerana ketiadaan mood
and idea. Well, sebagai pengenalan, saya menuntut di CFS IIUM atau
senang nak faham, asasi/matriks UIA di Petaling Jaya.

Di sini ada 6 asrama atau dalam arab dipanggil Mahallah

Mahallah lelaki :

ABC (Abu Bakar College)













UKC (Umar Al Khatab College)












FZ (Fatimah Azzahrah College)
tak pasti ni flat lecturer je atau campur dgn
student lelaki aku masi konfius sampai sekarang















Aisyah College













Mahallah perempuan:

ZC (Zainab Jahsy College)













KC (Khadijah College)


Haah~ Banyak kan.
saya tinggal di ZC level 1 out of level 4
Phew~ nasib..... Kalau tak semput saya naik tangga setiap hari

semua mahallah-mahallah ni ada kemudahan sistem announcement
yang macam dekat airport atau KTM tu. Hebat dan moden kan :)
Apa-apa informasi semua akan dimaklumkan melalui announcement.

Begitu la juga dengan ZC. macam-macam announcement nya
sampai saya pun boleh hafal dah. Hahahaha :D

Antaranya:

1. Pagi-pagi kadang-kadang kalau ada biro kami rajin, dia pasang Yasin

2. "Perhatian kepada semua pelajar yang berada di Blok ini ini,
terutamanya bilik ini ini sila tutup aurat dengan sempurna kerana
sebentar lagi technician lelaki akan naik ke tempat berkenaan
untuk tujuan penyenggalaraan"

3. 'Perhatian kepada nama nama berikut: siti binti ali, Nur binti Abu,
makcik binti pakcik, Sila datang ke Mahallah Office sekarang untuk
menuntut barangan pos anda"

4. "Attention to all residents of Mahallah Zainab Jahsy,
there is announcement to made, Please observe your aurah,
wear matric card, wear stockins whenever you in the Mahallah
compound, admin office or cafe area. Failure to do so will result
being summon by Mahallah office or RMDD officer during spotcheck
that will be held anytime soon"
(ini akan diulang sebanyak 2 kali berturut2 setiap hari)

5. yang ni jarang-jarang ada: "perhatian kepada bilik ini ini,
sila alihkan pakaian anda di tingkap sekarang juga sekian terima kasih"
hahaha

6. yang ni selalu malam, mak cik guard yang cakap:
Perhatian kepada si polan binti si polan, sila turun sekarang
juga kerana mok cik kamu sedang menunggu di bawah

7. Di bulan Ramadhan ni, selalu ada annouce pasal: "
Attention, there is Grand Iftar at..."
"Attention, you can order kuih raya..."
"attention, there is Talk on...."
dan diorang akan ulang 2 kali. satu Melayu, satu English.
Kalau nak bertambah2 informatif, 4 kali.
2x BM, 2x BI ... :)

8. Malam-malam tepat pukul 12 surah Al-Mulk akan
berkumandang dan lepas tu, biro asrama kami akan
membaca kan doa Rabitah... :)

Peak Hour masa announcement ni lebih kurang
pukul 1 sampai 2 tengahari dimana orang akan beratur
dkt microphone announcement tuh untuk announcing
program2 dorang macam ada meeting la,
ada exam paper nak jual la... macam-macam la

Lepas satu cakap sekian, kuar bunyi ding dong ding dong,
tak sampai 5 saat, satu lagi buat ding dong ding dong
bagi announcement baru. Kalau dah pukul 1 tuh,
memang saya akan bersedia mendengar pelbagai
announcement. bese dah~ Hahaha

I admit, sometime it annoying kan. Tapi tu lah. kalau
takda announcement camna mau taw info2 baru kan

P.S : I'm gonna miss this announcement bila dah habis CFS nanti :)
(cheit~ berlagak dah final semester) =_="

P.S lagi: Thanks kepada semua kawan2 CFS yang rajin menangkap
gambar2 mahallah diatas.Sekalung Penghargaan saya berikan~
(bajet malas letak back link) v__v

5 comments:

  1. hahahaha...no 6 tu lawak ;)
    eh iza, jom lah join segmen aku ^_^

    ReplyDelete
  2. hahahah em join segemn kw? jap2 aku dtg mlwt jp g :D

    ReplyDelete
  3. Epic!nnt d rumah wat announcent juga.."Perhatian2..iza..cuci piring sana d bawah.."!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.
    Excited ada blog psl mciium.rindu yg amat...:) fyi akak pernah duduk kat kolej fatimah tu,thn 2000-2002.ada 4 tingkat.level 1 mmg tuk lecturer/warden.slebihnya tuk student.gf cafe,surau n blik tv.xtau bl tukar jd tpt bdk laki.pnh pergi lepas msuk gombak,fzc dh ditukar ke ukc 2.utk bdk2 d.q lelaki.xsure lh sbb dgr org kata.pastu siap ada pagar lg kt tangga sbelum naik level student duduk.dlu xde.mybe ada kisah xbest yg menyebabkn ditukar jd kolej lelaki.yg akak tau seberang fzc tu,tapak psr mlm tu ada kolej kediaaman um.btl2 bdepan dgn fzc tu kolej bdak lelaki.mmg akan nmpk klu xpasang langsir sbb pntu kt situ sliding door cermin gelap yg mn waktu mlm akn nmpk sgala kt dlm.mungkin tuk keselamatn etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah menarik! tak sangka akak ingat lagi walaupun dah nak 17 tahun yang berlalu! :D saya pun dah grad dah ni :) cepat pula kan masa berlalu

      Delete