Lagu Baru~

Dah lama tak compose lagu. Cheit. Belagak komposer pulak.
Tapi itulah hobi aku. compose dan compose lepas tuh lupa dah
rythm dia. Kalau aku rajin aku rakam lah. Kalau tak aku hafal...
So far dah macam-macam lagu aku buat dan aku rasa semuanya
tak best pun. Haha.

google image













Cuma semalam aku ttba ada mood compose lagu baru dan siap la
satu lirik. Cuma nak edit-edit irama dia, strumming dia
kasi kemas kod gitar dia... Em aku tak suka cover lagu orang
sebab aku ni susah nak hafal lagu. So baik aku buat lagu sendiri.

google image














Aku ni bukan puitis orangnya. Belasah je la bila cipta lirik tu
Em. Bosan bosan ni aku rasa macam nak share pulak
lirik terbaru aku. Tajuk tak da lagi. Ada idea?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kau menyedarkan aku 
Betapa hidup ini tak selalu indah
Seperti cerita penglipur lara


Kau menyedarkan aku
Semua orang seperti langit biru 
yang mudah berubah 
sekelip mata


Wahai diriku
Ketahuilah setiap ujian yang Tuhan berikan
Jangan kau cuba lari
Jangan kau cuba sembunyi


Hadapi dengan tenang
Semua itu hanya sementara
Bila hujan pergi, pelangi akan sinar
Mewarnai mendung langit mu
Mendekatkan dirimu dengan Maha Pencipta


Wahai diriku
Sayangilah hatimu
Percayalah hatimu
Hanya engkau yang mampu menjaganya
yang mampu mengertinya


Berdirilah dengan diri mu sendiri
Berhentilah berharap pada manusia
Kembalilah pada Tuhan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

P.S: orang yang paling layak untuk menjaga dan menggembirakan
kita adalah diri kita sendiri.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment