Nama Bangunan Asasi UIA PJ yang macam-macam

Assalamualaikum. Hari ni tmau speaking.
Beberapa hari ini, saya dah jarang update post panjang-panjang
kecuali gambar-gambar copy paste dari blog lain je.
Ishh pemalas punya blogger v__v

Sorry la.. sebab beberapa hari ni saya sedikit tekanan jiwa tensen
dengan macam-macam benda...dengan tak sabarnya mau
balik kampung.. Sampai tiada mood mau update =__=

InsyAllah hari ni mood baik sikit sebab dekat rumah kak Ita
internet gila gila laju! T_T terharu~

Okay. Ingin promote-promote lagi Asasi UIA kolej tercinta saya ni...
macam-macam bangunan di sini macam Asrama [here] , dewan,
bangunan kelas ~ Nama dia pun unik-unik!

Okay first, we go to our main hall
Al-Malik Faisal Hall.












Siapa Al-Malik Faisal ni? korang budak UIA pernah nak amik
taw tak? Lepas search-search dekat google,
saya dapat tahu Al-Malik Faisal ni adalah raja Arab Saudi
(1964-1975). Baginda adalah raja negara Arab yang menggunakan
kuasa minyak untuk menyekat tentera Israel mengganas di
Timur Tengah pada tahun 1973. [sini] cerita lebih lanjut pasal beliau

Lepas tuh, Mahallah-mahallah dekat sini, pakai nama-nama
tokoh islam macam Abu Bakar As-Sidiq, Umar Al-Khattab,
Aisyah, Khadijah, Fatimah Az-Zahrah, dan kolej saya
Zainab Jahsy.

Zainab Jahsy ni adalah isteri Rasululah...

zainab jahsy college














Blok akademik dia macam biasa la. Ada blok A,B,C,D...
Tapi blok yang femes adalah Blok SMAWP 2 dan SMAWP 3
Heih apa benda smawp ni? dulu aku selalu panggil swamp. hahaha

Blok ni sekali pandang macam berek zaman jepun je -_-
sangat antik dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi!

SMAWP 3

















biar antik tapi ada aircond okay~

SMAWP 2

















errr yang ni tiada aircond~ T_T semua orang akan sedih bila dapat kelas
dekat sini.

SMAWP dari atas






















Kenapa bangunan ni antik sangat? Sebab sebenarnya ni adalah bekas
sekolah. SMAWP stand for Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan.
entah tahun bila la tu. 60-an kot... Saya juga tertanya-tanya mana SMAWP 1?
Misteri sampai sekarang~ jeng jeng~

Masjid dekat sini pun unik. Tapi bukan UIA punya, milik UM.
orang panggil Masjid UFO #LOL














Ada satu bangunan besar di tengah-tengah UIA. gabungan antara
Library (tengah), LY Building (kiri), Annex Building (kanan)
LY dengan Annex ni bangunan kelas-kelas juga...






















Tuh ujung sana bangunan dia. Ciri-ciri keislaman menyerlah! :)
yang bangunan blocking kat depan ni, bangunan administration.
kalau nak mendaftar, nak berhenti sekolah nak jumpa Dean, dekat
situ la.

Kanan tuh bangunan Annex. Apa benda Annex ni?
macam jenama spray nyamuk pulak.
Menurut kamus english, Annex bermaksud bangunan tambahan
(Subsidiary building, addition of building, appendix)
Hah~ siap belajar english lagi . hahaha

yang bangunan LY tuh aku dah cuba search2 and temu ramah students UIA
tiada sorang pun yang tahu apa makna dia. So aku pun KIV je la.
siapa-siapa tahu tuh boleh la bagitahu okay.

Em~ masa awal datang dulu selalu la jugak sesat
sebab banyak sangat blok-blok di sini. tapi sekarang dah pro dah
semua shortcut dah hafal. hahaha.

Apa-apa pun, yang paling penting ,
I love my college so much! muah!
hehehe~ :)

P.S : semua gambar2 ni dari google image. BTW, thanks to all blogger yang
punya gambar2 di atas. sekalung penghargaan saya berikan ^_^

7 comments:

  1. mak ai~~~ aq baru nk puji yg picture ko amik nie lawa.. rupenyer google aje =.='...

    huhu tapi terbaik r story.. kalo ko nk tau... aq tau ape mksud LY tu...tapi x nk r tulis kat sini. nnt x jdi rahsia da.. haha chow...

    ReplyDelete
  2. haha aku xda masa nak amik gmbr2 uia ni :P hmm aku masih sangsi apa mksd LY ni =_=

    ReplyDelete
  3. salam, nk tanya, klu kita dh msok asasi uia tu, sblm tmat asasi 2 tahun, kita nk kluar g u laen bile dh tmat thun pertama asasi tu,, bleh ke.? ada pape tndakan ke dya ambil nnt,? ada yg kata kena byk balik elaun dye kasi,. tp ada yg ckp, klu kita bnti time tgah sem, kena byr, tp klu bnti sblm msok sem baru tahun kedua xpyh, mntk pnjelasan,. thankz,, wslm,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan saya pernah tukar u pertengahan semester. memang dia kena bayar balik la elaun rm1200 tuh. tapi kalau nak tuka u selepas dah habis sem 1 tuh.. sy tak sure. sori. maybe u can ask this to our chatting page > https://www.facebook.com/groups/iiumchatting/

      ramai senior kat sana yg bole membantu :)

      Delete
  4. Great article, just what I was looking for.
    My homepage - mulheres casadas procuram homens casados

    ReplyDelete
  5. Mahalah Zainab Jashyi tu dulu namanya Mahalah Zainab Ghazali.Siapa Zainab alGhazali? Rugi la sape xkenal beliau...tapi sebab Malaysia xsokong Ikhwan Muslimin,maka nama tu terpaksa ditukarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke... ok tak pernah tahu, thanks for the info

      Delete