Solat Sunat Tasbih. Pernah Dengar?

Assalamualaikum dan salam Ramadhan :)
Hari ni nak share pasal Solat Sunat Tasbih.














Ada yang mesti selalu buat. (Subhanallah !)
Ada yang pernah dengar tapi tak tahu cara nya
Ada jugak yang tak tahu. Ehh solat apa tuh??

Okay sebelum kita kupas, Jom baca hadis ni:
*Fokus kat perenggan kedua dan terakhir.
yang ketiga tu nanti saya terangkan dengan lebih jelas.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Wahai Abbas Pakcikku, Aku ingin memberikan padamu,
aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan
-sepuluh sifat- 


jika engkau melakukannya Allah akan
mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir
yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja 
maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar
yang tersembunyi maupun yang terang-terangan


Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksanakan shalat empat rakaat; 
engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surat, 
apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan 
engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: 
Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, 
Kemudian ruku’lah dan bacalah do’a tersebut 10 kali ketika sedang ruku, 
kemudian sujudlah dan bacalah do’a tersebut 10 kali ketika sujud, 
kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian
sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud 
dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, 
dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. 


Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari
maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu
jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah 
sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam 
seumur hidupmu


( HR Abu daud bab solat tasbih no : 1297)


Hebat tak solat sunat ni? Kalau kita lakukannya dengan
ikhlas kerana Allah, InsyAllah semua dosa kita terampun
dengan RahmatNya. MasyaAllah ^__^

credit











Solat Sunat ni saya akui agak berat dan lama berbanding
solat sunat lain. berdiri je, nak 5minit. Sujud, rukuk nak 3 minit
Fizikal dan mental kena kuat. Tu la Nabi S.A.W pun
longgarkan kekerapannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Islam tu kan agama yang mudah...
Tapi~ Lihat lah ganjarannya. Sangat Hebat Epic Awesome!

Ni cara-cara nak solat sunat Tasbih:

Kalau buat waktu siang, 4 rakaat satu salam
Kalau buat waktu malam, 4 rakaat 2 salam

ini lafaz tasbih yang digunakan:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah,
dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"

Solat ini dilakukan 4 rakaat,
setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih.
4 rakaat menjadikannya 300 tasbih
Subhanallah :D


Credit













Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah,
kita baca 15 kali tasbih


2. rukuk - 10 kali tasbih


3. iktidal - 10 kali tasbih


4. sujud - 10 kali tasbih


5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih


6. sujud semula - 10 kali tasbih


7. duduk sebentar sebelum berdiri
semula (rakaat ke 3) /selepas
tahiyat awal (rakaat ke 2) @ akhir (rakaat ke 4)-10 kali tasbih

Nampak macam susah ingat dan banyak je rukun dia ni.
Tapi sebenarnya sangat senang :)

Ingat je, setiap perbuatan solat kita mesti baca tasbih 10 kali.

rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, hatta lepas takbir dan
sebelum berdiri untuk rakaat baru pun kena tasbih dulu.

Lepas tahiyat awal sebelum berdiri dan lepas tahiyat akhir
sebelum kita nak salam pun kena tasbih juga

Kecuali masa berdiri, kena baca Doa Iftitah
surah Al-Fatihah, surah pilihan dulu
baru tasbih lebih sikit, 15 kali.

Jadi jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih .
Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat,
jadi jumlah semuanya 300 tasbih

Niat Solat Tasbih


أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah (Surah lain pun boleh)

1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas

Doa Sunat Sembahyang Tasbih (Doa kita sendiri pun boleh)







"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon kepadaMu,jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadaMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangkaterhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa.


Amin.....Solat ni agak penat tapi lepas kita lakukannya,
Seriesly korang akan rasa sangat-sangat-sangat tenang
dan rasa sangat rendah dan malu dengan Allah.


credit

InsyAllah kita akan diberi kekuatan dan hidayah untuk melakukan
Solat Sunat Tasbih ni di Bulan Ramadhan yang penuh berkat ni.
Kalau lah mendapat rezeki Allah buat masa Lailatul Qadar
Subhanallah~ Beruntung gilahamba Allah tuh
Dah la solat ni mengampunkan semua dosa, doa pun
terus naik ke langit. Wallahualam

Jom Solat Sunat Tasbih
Jangan malas-malas nak belajar.
Buatlah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kita
InsyAllah...

Selamat berpuasa~ :)Diambil dan diolah dari: [here]
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment