Tak Payah la Beli Al-Quran....

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan
Whoah. Semalam langsung tak update apa-apa untuk sharing
Kelas pagi sampai petang... Malam tarawih meeting memang
tak sempat nak update














Alhamdulillah diberi kesempatan nak sharing sikit.
Haaah??? Tak perlu dah beli al-Quran??
Kuang aja statement apa ni??!

Actually, ada sambungannya, Tak payah la
beli al-quran yang tak ada tafsir lagi. Itu lebih elok
Lagi-lagi orang Malaysia macam kita yang tak faham
sangat bahasa Arab.











Antara kita, alhamdulillah mesti dah banyak kali
khatam kan? Ada 5 6 7 kali ...setiap tahun pun ada
Tapi selama ni, pernah tak kita khatam al-Quran sekali
faham maksudnya? Mungkin ada tapi mungkin hanya sedikit.

Ya, membaca Quran biar pun tak faham, kita tetap dapat pahala

Nabi SAW bersabda: "Barang siapa yang membaca 1 huruf daripada Al-Quran, maka dia mendapat 1 kebaikan. Dan 1 kebaikan itu pula diganda menjadi 10." (HR Tirmidzi)


Tapi lagi afdal kalau difahami isinya. kan?

Al-Quran adalah kitab yang paling ajaib dan awesome di
seluruh alam. Kerana semua isinya tu datang dari kata-kata
Allah tanpa dicemari dengan satu huruf pun dari mana mana
makhluk yang fana. Kitab ini mencakupi ketiga tiga kitab lama
(Zabur, Taurat, Injil) semua nasihat, hukum hakam, peringatan,
sains dan macam macam muat dalam satu kitab.













Allah turunkan kepada kita bukan sekadar untuk di baca
semasa kematian, masa kegelisahan atau menambah pahala
semata-mata. Tapi untuk difahami isinya dan diamalkan insyAllah.

Kita dah lebih dari sedekad membaca ayat-ayat al-Quran.
Tapi kita pernah tak tertanya-tanya apa sebenarnya maksud
ayat yang kita baca ni?









Betapa ruginya kita tidak dapat memahami isi kandungan al-Quran
yang sangat hebat maknanya. Bayangkan, kalau dah 6 7 kali
khatam skali maksud, whoah~ Mesti banyak input yang kita dapat
berbanding tanpa memahami maksudnya

Jadi, kalau nak beli al-Quran, jom beli yang ada tafsirnya
Tak mahal pun. yang kecik ada paling murah RM 25 je.
Ala.. Novel bole beli, takkan Kitab yang Allah
khaskan untuk kita xdpt beli?













Tak payah la beli lagi al-Quran yang tiada tafsir. Tak salah nak beli.
Tapi lagi elok beli yang ada tafsir. InsyAllah for better Muslim :)

Selamat berpuasa.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment