Waktu-waktu Mustajab untuk Berdoa

1. Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya
Rasulullah S.A.W bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi 
Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki 
sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang 
berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, 
pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta 
ampun, pasti Aku akan mengampuninya". 
(Shahih Al-Bukhari)

2. Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu
bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika 
saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". 
(Sunan Ibnu Majah)

*next time jangan baca Allahumma bariklana je~
Baca doa panjang sket..

3. Setiap Selepas Shalat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah S.A.W
ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah S.W.T,
baginda S.A.W menjawab,

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".

(Sunan At-Tirmidzi)

google image


















4. Ketika Saat Perang Berkecamuk

Dari Sahl bin Sa'ad r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda.

"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak
doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk".
(Sunan Abu Daud,)

5. Sesaat ketika Hari Jum'at

Dari Abu Hurairah r.a dari Abul Qasim bahwa Rasulullah S.A.W bersabda,

"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang 
tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan 
memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan 
diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan 
sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan
masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut
secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan
oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika
saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai
solat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat asar
bagi orang yang menunggu solat maghrib.

6. Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari
Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci
dan Berzikir Kepada Allah

Dari 'Amr bin 'Anbasah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci 
lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu 
tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan 
mengabulkannya"
(Sunan Ibnu Majah)

7. Doa Di antara Azan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". 
(Sunan Abu Daud)

*jadi lepas azan tu, jangan la setakat doa lepas azan je.
Doa panjang-panjang macam lepas solat okay ^_^


8. Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Solat

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah 
berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan".
(Shahih Muslim)

google image














9. Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a'ad r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda,

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak
doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan".
(Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114.
Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

10. Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah S.A.W mendatangi
rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati
kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau S.A.W
memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut
maka pandangan mata akan mengikutinya'. 
Semua keluarga histeria. Baginda S.A.W bersabda : 
'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, 
kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan".
(Shahih Muslim)

11. Ketika Malam Lailatul Qadar

Allah S.WT berfirman,

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. 
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril 
dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan
Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

12. Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya
dari datuknya bahawasanya Nabi S.A.W bersabda.

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah".
(Sunan At-Tirmidzi)

13. Ketika khatam 30 juzuk Al-Quran . 

Allah s.w.t berfirman maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah 
dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada 
apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau 
terbuka , mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan 
sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian , supaya
Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka 
daripada limpah kurnia-Nya .Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang 
yang bersyukur kepada-Nya )
(Fatir ayat ke-29)

google image
















14. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir

Nabi Muhammad s.a.w bersabda
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah
tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , 
Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya.” 
( HR Abu Dawud)

*So, dalam kereta jangan asyik dengar radio atau mp3 je.
baca doa banyak-banyak..

google image












15. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan 
ibadah haji atau umrah.

Hal ini berdasarkan sebuah hadis :
“ Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji 
serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah 
lalu diterimanya. (HR Ibn Majah)

16. Ketika ayam berkokok

Nabi s.a.w. bersabda
“ Apabila kamu mendengar ayam berkokok,
maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu 
melihat malaikat .” (HR al-Bukhari , Muslim )

google image















P.S: Maka, banyakkan lah berdoa di Bulan Ramadhan
terutamanya waktu-waktu yang mustajab okay??

Selamat berpuasa :)

Sumber 1 , Sumber 2
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment