Hina Islam!! :(

Semalam aku baru habis exam Understanding Islam.
Basically, subject ni ajar tentang Islam secara mendalam
Ciri-ciri Islam, Akidah, Politik Ekonomi Sosial...
Memang best la juga. Sebab kita dapat mengenali
agama kita tuh dengan lagi mendalam and off course
improve my English. English dia berat seyh~

So sejam sebelum exam aku tweet la,







Entah dari celah mana, ada sorang mat saleh pegi reply tweet aku






Okay. Sangat kuang haja soalan dia kan. (pedophile tuh ble google sendiri yek)
Nak soal ke nak hina whey?

Lepas aku habis exam tuh, aku pergilah reply dia. Banyak lah yang dia
tanya + hina islam ni. First aku macam malas nak layan. macam spam je =_=

Tapi, aku pegi godek [profile] dia. Dia ni macam askar US.
pastu Bio dia , 'A confuse soul' . Fine. Aku assume dia ni memang konfius
lah dengan kepercayaan dia sendiri. Dia dah tanya, aku jawab lah kan.
Dakwah juga tuh.

Dah la kena speaking. Memang macam nak jawab paper
understanding islam la pulak. Tapi soalan dia lagi mencabar dari final exam taw!
Berbekalkan Ilmu Understanding Islam aku yang sangatla tidak seberapa ni
aku pun jawab lah soalan2 dia yang dicampurkan dengan hina2 tuh sekali . Sabo je la

Perbualan kami: (translate BM best skit) :

Lee: Tolong fahamkan saya macam mana kamu boleh anggap Nabi kamu tuh
bukan pembunuh atau pedophile?

Aku: Sebab tiada bukti kau nak cakap macam tuh

Lee: Tidur dengan budak 9 tahun?

Aku: Kalau seseorang tu dah baligh, mereka tidak dianggap kanak2 lagi.
Saidatina Aisyah baligh semasa berumur 9 tahun dan Nabi mencampurinya
semasa beliau berumur 12 tahun

*Ok masa ni dia dah tak dapat jawab tapi dia retweet la tweet aku tuh
Tiba-tiba pegi tweet aku lagi,

Lee: Allah tuh dah mati    <-- Bengong +_+

Aku: Allah itu Abadi

Lee: Saya setuju. Allah itu selamanya mati. Tuhan Yahudi yang hidup :)
*laaaa orang yahudi rupanya! patutlah. cheh.

Aku: Tiada Tuhan selain Allah. Di alam ini takkan tuhan tu lebih dari satu :)
Allah tuh tuhan semua manusia. Mereka lah yang selalu menafikannya.

Lee: Jesus sayangkan kau. Dengan Jesus, kami tak perlu percaya Muhammad
pedophile yang hanya Nabi palsu je.

Aku: Islam pun percayakan Jesus. Kami jugak sayangkan Jesus sebab dia pun
salah satu nabi kami. Muhammad adalah nabi selepas Jesus :)

Lee: dan ya, Nabi kata boleh je kan bersetubuh dengan haiwan *wadefak =_="
agama kau dicipta hanya untuk mencuci otak orang yang tak berpelajaran

Aku: Apa bukti kau cakap bersetubuh dengan haiwan tuh boleh? benda tu
diharamkan dalam Islam.

Lee: Aku cuma agak lepas tengok ramai dari kamu buat dengan kambing


Aku: Dorang tuh mungkin orang Islam yang berbuat dosa.
Bukan semua manusia patuh dengan agama mereka.
Jangan kata tiada seorang pun orang kristian atau yahudi
pernah bersetubuh dengan haiwan kat dalam dunia ni.

Lee: Betul...

Aku: Memang susah nak cari muslim sebenarnya hari ini. Itulah salah
satu tanda kiamat. Jadi, kamu tak boleh judge agama islam tuh
hanya dengan memerhati umat Islam
sekarang

Lee: Allah memberikan 72 bidadari untuk disetubuhi buat
lelaki untuk memuaskan nafsu yang tak cukup dekat perempuan2
dan kanak2 kat dunia. ya...Tuhan kau nampak sangatlah kan benarnya.

*geram gila baca statement dia ni. punya lah panjang aku cakap
sampai tak cukup 140character twitter. then aku pakai la tinypaste.com


baca je la ni : [here]


errr mungkin agak ekstrem aku jawab dekat situ. 
huh.. tapi itu lah yang aku fikirkan secara logik sebabnya. 
atau korang ada dalil yang lebih padat, mungkin boleh share.
aku ni pun masih belajar lagi. :)

Lee: Bunyi macam susah je nak ikut semua peraturan tuh.
Jadi fahamlah aku kenapa ramai je yang sanggup bunuh diri.

Aku: Itu adalah muslim ekstremis. Islam juga mengharamkan bunuh diri.
Orang yang bunuh diri akan masuk neraka jugak. So, what's the point?
mengebom diri tuh adalah salah.

Lee: Satu soalan terakhir, kenapa perempuan tuh kena buang
clitoris (bersunat) walaupun obviously Allah nak benda tu diciptakan?

haiyark. soalan apa la ni. aku sebenarnya ttw nak cakap mcm mana +_+


Aku: Itu untuk tujuan kesihatan. Kau bole kaji sendiri sebabnya.
Di akhirat nanti semua manusia akan dibangkitkan dalam keadaan
belum bersunat.

Hokey. macam tu lah dia tanya. punya menguji iman. Aku pun sebelum balas
memang baca bismillah lah dulu... Dia ni dah siap follow aku lagi.
Kalau dia tanya lagi, silakaan.. InsyAllah dibalas +__+

semua aku cakap tuh masih ada dekat twitter aku
dan apa dia cakap tuh kat twitter dia (dia tak protect tweet kot)
boleh la baca2 dkt sana lepas tuh follow la aku yaaa.. ngehehe :P

Itu je la aku nak cakap. Jangan cepat melatah mencarut bila
ada orang bukan islam memperlekehkan agama kita.
Dorang tuh saja nak kasi panas2 kita. menguji iman kita.
InsyAllah. Jawablah dengan berhemah. :)

P.S : Aku masih wondering macam mana dia boleh cilok pegi
twitter aku =_="

6 comments:

  1. nauzubillah,menyirap jugak baca tweet dia...tapi tak boleh nak salahkan dia 100% jugak kan..huhu..papon congrates iza,kau dah jawab dgn sehabis baik ^_^ aku like post kau :D

    ReplyDelete
  2. tulah pasal.. aku geram gila dia tuduh suka hati. mcm tuh la kalau islam haters... =_=

    ReplyDelete
  3. *hm..

    Actually he's not 'menghina' Islam but he is actually lost a track of his belief. He asked such question because he is actually looking for the answers of this common questions asked by most Islam haters.

    So, you did a very good job (so far). Don't get mad on him but guide him nicely. As long as he didn't treat u criminally.

    ReplyDelete
  4. “Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan mengucap kalimah, “kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji?”. (Al-‘Ankabut 29:2)

    ReplyDelete
  5. yaa :) trima kasih atas pringtan

    ReplyDelete
  6. Tindakan yg bgs..mereka xfhn kebenarannye..seandainya anda seorg yg boleh mntafsir Al-Quran..pasti dengn mudh mnjwb soalannye..silap2 boleh meragukan dye dgn tuhan yg dye percya..ALLAHUAKBAR....DAKWAH DIMANA2 sahaja..cara pnggunaan laman sosial yg baik..sekian

    ReplyDelete