Nasi Pakapau Sungguh asing aku dengar!

Mood mau bermelayu.

Okay. Baru habis fizik. Masuk bilik terus menjerit, menari-nari,
melompat-lompat. bukan gembira sebab senang. tapi TELAMPAU
senang! sampai nangis-nangis semua budak UIA jawab selama
3 jam tadi. T______T hokey. aku tmau ingat . tmau ingat!
Result semua tuh ku serahkan kepada Ilahi~ v__v

So nak release tensen, aku nak mencakar2 menulis-nulis
lah blog ni. First idea? well lama dah aku nak cerita ni.
Tapi baru sekarang aku rasa nak tulis.

Apa benda alah pakapau tuh? pak cik kau nama apau?
First time kawan aku dengar, banyak reaksi. Ada tergelak
guling-guling, ada juga yang kedut seribu. tapi yang majoritinya
minta aku ulang dekat 5 kali sebab tak percaya nama dia.

Ya. betul la tuh yang korang baca, NASI PAKAPAU
sejenis nasi yang ada di jual dekat jalan pasar tepi UIA.
So far, kat Petaling Jaya Seksyen 17 tapak pasar malam
tu je la aku tau satu-satunya tempat jual nasi ni
Tempat lain ada tak? cuba cerita sket~

patut ada sayur2 ni. (credit)














Pakapau ni, nasi putih, daging cincang (daging untuk spageti tuh) dia masak
kunyit+selasih, telur mata kerbau, sambal belacan + ulam2 (timun, kubis, sayur
kacang botol) dan semangkuk sup.....Sangat seimbang dan harga berpatutan. RM5~

ni resepi dia. tapi yang ni diubahsuai sikit la. [here]

lepas research sikit, aku dapat tahu nasi ni berasal dari Siam.
Pakapau tuh sejenis sayur yang dicampurkan ke dalam
nasi ini. Tapi disebabkan sayur tuh tiada dekat Malaysia
so dorang tukar dengan sayur lain.... Aku taktaw bentuk
sayur tuh. korang research la sendiri. Apapapun,
Nasi ni sedap!!! cuma kalau makan selalu muak jugak.
sebab berminyak

So bila datang-datang dekat PJ seksyen 17, beli lah nasi pakapau!
Mana2 budak UIA, UM, MAHSA dan sebagainya terdekat,
jangan tak tahu pulak apa benda ni. buat malu =.=

Ok tu je la. Bai~

P.S: Senang je ni. Boleh buat sendiri~
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment