4-7 Oct: Mari Ganu! :D

em... malas pulak mau speaking~ -_-

Okay... Alhamdulillah... dapat jugak aku pegi Kuala Terengganu (KT)
lepas dok planning-planning hampir sebulan. Yalah. first time okay aku pegi
jalan-jalan sorang2...yeap. Back packing la konon nya kan... 














paling best dapat penginapan homestay free.. makan free... transport pusing
pusing KT free... semua lah. Untungkan? hee~ :D

BIG THANKS dengan akak tourist guide aku merangkap 
college mate dekat UIA . terima kasih daun keladi :) hehehe
tanpa akak, mungkin tak dapatlah saya nak jalan-jalan dekat KT ni. :)

kak yana














4 Oktober : Kuala Lumpur - Kuala Terengganu

Tiket bas pegi balik RM 80. duration journey 6-7 jam lah lebih kurang..
Dari Hentian Putra, singgah kejap dekat Chendor Pahang
bersempadan dengan Kemaman Terengganu.

Di situ, ada tempat makan-makan, surau... so kita boleh la
rehat kejap dekat situ nak solat nak makan.. dia bagi masa setengah jam

persinggahan bas dekat Chendor Pahang














Kami jalan pukul 11 pagi, selamat sampai pukul 6 lebih camtu. 
Terus ayah kak yana amik kitorang dan makan-makan dulu~ 
yeahhh kena belanja... :P

teh tarik minum masa hujan2 memang best!


















Malam tuh kami tak pegi mana-mana sebab penat kan dari jalan jauh
so duduk rumah je la...

5 Oktober : Kampung Paloh, Kuala Terengganu

Esok pagi sampai petang pun kitorang tak jalan-jalan lagi
sebab plan jalan malam pergi Pantai Batu Burok dekat
bandar KT.....
rumah kak yana


















breakfast nasi pulut santan dgn keropok ikan














disebabkan mak kak yana tiada dekat rumah, pergi kursus di KL
sampai 7 Oktober, jadi kami lah jadi tukang masaknya. Hebat kan.
Hahahah... Masak simple je la.. time lunch kami masak asam pedas ikan kerisi!


















Lama gila tak masak tau. Huuuh nasib jadi la jugak. :P

asam pedas ikan kerisi :)














Petang-petang aku nak jalan-jalan pusing satu kampung kak yana,
Cheh~ tiada la pulak satu kampung... tak sampai suku kampung pun.

































Okay.. first time jumpa lembu dalam jarak dekat. busuk =__=
heee~ aku tak kesah! nak ambik gambar jugak! encik lembu
senyum cepaaaat! cheeersss ^___^














hadei.. besar jugak aku tersenyum =.=
Ini paya. kalau orang putih panggil swamp
kalau orang Terengganu panggil baruh... :)

 
ayah kak yana jual air tebu. Jadi diorang ada 
tanam tebu depan rumah.

depan , belakang rumah kak yana ada banyak pokok rambutan.
best gila!! dah la aku suka makan rambutan. Nasib baik ni belum 
masak kalau tak dah lama aku petik!

ni adik kak yana yang sangat comel. Adik Izzami.
Baru darjah 2. suka tanya apa cita-cita aku. 
aku tak taw mau eksplen macam mana.  hahaha.
dia pula nak jadi doktor. dia tmau jadi askar atau polis. 
mak dia tak bagi nanti kena tembak. haha comel~ :)

Lepas pusing-pusing tak sampai suku kampung,
kitorang pun pegi ziarah mak cik kak yana. sekali minum 
petang. cucur bilis, pisang goreng.. teh o panas... pergh sedap gila!

Malam tuh hujan lebat jadi kitorang tak dapat pegi
pantai batu burok tuh... plan canceled... sedey gila :(

6 Oktober : 

Pasar Payang.


















Pagi esoknya kak yana masakkan breakfast. Nasi goreng ikan masin.
sangat sedap betul tak tipu. Thanks kak yana ;)

hahaha sempat lagi amik gambar cerek 'menjerit' ni (aku yang panggil).
sebab bila air masak dia betul-betul menjerit macam budak
kecik menjerit! first aku dgr aku pkir budak mana lah yang menjerit ni.
Hahaha. er~ okay i admit. ni first time aku dengar cerek menjerit secara
real =,=" (sebelum ni tengok dekat tv je la)

Tengahari tuh baru kitorang gerak pegi pasar payang.
yalah. nak beli oleh-oleh. esok pagi aku dah kena balik KL.















Sini ada banyak masjid besar. tak silap ada 3 4 biji.
belum campur masjid kristal lagi~















ni femes sikit. orang panggil masjid putih. nama sebenar masjid ni
sultan zainal abidin kalau tak silap.























inilah pasar payang...
yang bangunan besar dekat depan tuh tak silap pasar payang
lah jugak kot. aku lupa la...yang bangunan dekat belakang
dia tuh memang pasar payang :) hehe















masuk pasar banyaklah keropok ikan di mana-mana
keropok lekor, keropok sira.... wahhhhh! aku suka keropok sira!




















lepas tuh naik tingkat atas ada banyak
baju kelawar...songket...batik...souvenirs...
semua murah-murah!















ini aku gambar dari tepi pasar... err aku tak taw apa ni.
bangunan warisan kak yana cakap. aku tak sure apa fungsi
bangunan ni tapi macam unik kan. ada siapa2 boleh terangkan
apa ni?

gambar ni tak boleh belah kan



































ini China Town Terengganu :)

Sebelum balik rumah, ayah kak yana bawa pegi kedai keropok.
Last time datang terengganu singgah sini jugak. entah kenapa.
Mungkin lagi sedap daripada yang di pasar payang.

Keropok Lekor Pak Su Enterprise














sini ada jual keropok ikan parang, tamban yang mentah..
ada keropok sira, lekor mentah, lekor goreng, rebus
dan macam-macam lagi! apa lagi macam-macam lah aku beli
and off course keropok lekor goreng!















Balik rumah terus melantak lekor sorang-sorang! hahaha ^_^
diorang tmau makan sama. mungkin dah bosan la tuh.


















adik kak yana ni pun lepas kena 'paksa' baru nak join.
haih. malu-malu lagi. :P















Lepas tuh, pak cik kak yana beli satu plastik
Satar. BANYAK GILAAA. punya aku melantak makan
macam kanibal sedap!! bayangkan RM1, 4 biji satar.
RM10 dah 40! wowowowow!
dekat KL 3 biji RM 2.50. =_="

SATAR ni isi ikan kena bungkus dalam
daun pisang lepas tuh kena bakar.















Dah buncit makan lekor dengan satar, kitorang pusing-pusing lagi
kampung naik basikal lepas tuh jolok buah rambutan... hahaa
best gila hidup kampung ni. tenang... aman... sejuk... :)

jolok! jolok!


dapat.... :)






Masjid Kristal.

Petang tuh mak kak yana balik dari KL. lepas makan malam, kami
pergi pusing-pusing bandar KT and off course pegi Masjid Kristal :)



















kuning~

merah~




biru~ :D





































Lepas tuh pegi Pulau Warisan. bukan pulau pun sebenarnya.
cuma dia macam pulau sebab dikelilingi perairan. sort of like tasik buatan



ni jambatan taman warisan. kawasan ni dikelilingi air lepas tuh kita
bole naik bot keliling tempat ni.

tapi kawasan sini tanah pasir kosong je. tak siap lagi kot. maybe nanti 
diorang nak buat taman la tuh. biar pun gitu, malam-malam tetap 
ramai orang lepak2 amik angin dekat sini. 

lepas tuh lalu Pantai Batu Burok. sumpah ramai gila orang dekat pantai tuh
lepak-lepak. tak kurang jugak yang berdating. macam pasar malam 
pun ada =_=" jadi kitorang tak singgah pun. lagi pun kalau malam laut tak
nampak pun~

Hmmm melepas singgah pantai. ndapala~

7 Oktober : Pulang....

aku ambik bas jam 9.30 pagi. balik sorang-sorang...
aku naik bas syarikat Sani. cantik gila bas ni macam
ala-ala flight gitu. lain kali aku jalan jauh aku tmau amik bas lain.
dia ada single seat atau double seat. single seat private sikit :)

Ofis nak tempah tiket bas ni pun sofistikated gitu. smart abang
yang jaga kaunter tuh. macam staf dekat KLIA pun ada. hehehe.

ada rest leg lagi dekat bawah boleh adjust2 :P


hahaha sempat lagi promote syarikat bas.
*sebenarnya jakun naik bas cantik double decker* :P

izami comel la tuck in baju :D


ni lah family kak Yana. Terima kasih banyak-banyak
buat kak yana dan sekeluarga sebab sudi tumpangkan 
saya dekat rumah lepas tuh bawa jalan-jalan pusing Terengganu
InsyAllah panjang umur saya datang lagi. 
Bila kak yana kawen! hekhek

Sampai KL jam 5 petang. masa tuh hujan lebat. meredah hujan lagi
dari hentian putra pegi LRT Star. =_=

penat siot angkat beg berat macam batu melintas jalan,
naik tangga macam mau putus tangan T__T
menyesal tak pakai beg sandang. Bepeluh berhujan aku.















Alhamdulillah lah aircond LRT kuat. kurang orang lagi. kering
jugak baju aku. hahaha.



















Apa-apa pun, banyak pengalaman yang aku dapat backpack
sorang-sorang pegi terengganu ni. at least aku dapat merasa
naik bas jalan jauh, macam mana nak rancang bajet...

Lepas ni aku plan nak travel pulak pegi Melaka...Kedah...
sorang-sorang pun aku tak kesah. lagi bebas. hahaha
InsyAllah kalau ada bajet lebih, aku nak travelling lagi :)

P.S: I sense this is my new hobby

5 comments:

  1. air liuh meleleh tengok lekor n sata :)

    ReplyDelete
  2. cepat gila baca! akak tak siap pun lagi edit2. haha. sumpah sedap satar tuh ikinnnnn.... kalah satar dekat kl! dah la murah :') *terharu*

    ReplyDelete
  3. itu satar sedap! nnti kw cari la mana2 makan yaaa xD

    ReplyDelete
  4. mana ada tu d mana2.. T_T Xpnah aku dgar...ada la bgni juga rupanya..tp isinya lain..pulut inti kacang..

    ReplyDelete