Aku dan aku yang dulu kini bersatu.

3 bulan lepas. aku yang waktu itu. sangat kecamuk. 
hati kekosongan. bebola mata saban waktu berendam
kerana tiada daya ku bertahan.betapa aku sangat lemah. 
jatuh meniarap kerana tersandung dengan satu ujian Tuhan 
yang hebat. Hebat? tiadalah ia sangat sukar pun kalau
orang lain mendengarnya. tapi bila melibatkan kepercayaan. 
harapan. sayang. ya semuanya melibatkan hati. 
lagilagi hati aku yang lebih lembut dari kapas tatkala  itu.
sekecil jarum yang menusuk pun sudah berdarah
seperti sebilah parang yang menikam. 

Sampai satu tika hanya mimpi beradu sahaja yang
mampu menggembirakan aku. Satu tika itu sahaja lah
yang aku tertunggu-tunggu sejurus sahaja membuka 
mata di pagi hari..Waktu itu hanya mimpi-mimpi 
malam sahajalah yang mampu menenangkan.

Pagi hari ku sangat kelam. suram dan aku 
semakin kehilangan aku.

Aku rindu senyuman ku. aku yang dulu bila tersenyum, 
tiada sekelumit pun masalah ku pikirkan.
aku yang dulu bila hendak menutup mata,
tiada sehama perkara pun yang mengkecamukkan minda ku.
Aku rindu aku yang itu. Aku yang dulu sentiasa gembira 
di pagi hari sehingga terasa sayang meninggalkan realiti
untuk melayari alam mimpi.

Tuhan itu Maha Penyayangnya hanya Dia yang layak.
Aku yang begitu mudah jatuh dengan ujianNya masih
lagi diberi peluang merasa Rahman dariNya.
Tatkala semua masalah laju menusuk-nusuk 
jantungku sehingga berdarah. Tuhan menghulurkan tanganNya,
memberikan ramai teman yang sanggup menyokong, mengheret,
menarik aku keluar dari kecamuk fikiran yang aku cipta sendiri.

Mereka memberi kata semangat untuk bangun dan hargai hidup
ku yang sangat pendek ini. Rugi masa Tuhan kurniakan kalau 
tidak digunakan untuk tersenyum. aku ditampar-tampar
sehingga aku sedar. 

Oh!Aku seperti baru tersedar dari mimpi ngeri yang tersangat panjang. 
Oh! betapa aku telah banyak merugikan waktu hidupku dengan berduka!!

Astaghfirullah...

Aku meraih kekuatan mencari aku yang tersenyum seperti dulu.
Aku meraih kekuatan untuk menyahjauhkan semua kekusutan 
Aku meraih kekuatan untuk melupakan semua mereka itu.
supaya aku dapat bertemu dengan aku yang tersenyum seperti dulu.

1000 orang datang membantu ku tidak akan berguna 
kalau bukan diriku sendiri ingin membantu diriku.
 
Aku kesat air mata ku sendiri. 
Aku ubat hati ku sendiri. 
Aku yang tertiarap cuba bangun melutut dan berdiri sendiri. 
Aku tahu. Tuhan sentiasa memberi kita kekuatan. 
dari kita saja ingin menggunakannya atau tidak.

Aku bangun. Aku tegak berdiri menghadap hadapan
dan tidak mahu lagi toleh ke belakang. Aku yakin aku masih boleh
berjumpa dengan aku yang dulu. Aku yakin aku mampu
hidup tenang. gembira seperti sebelum 3 bulan lepas.

Dan
Aku dan aku yang dulu kini bersatu.
Terima kasih Allah.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment