Muka surat 34

Kau faham? Benar kau faham? 
Sedang kulit kau sangka isi. 
Dan isi bila ku beri kau fikir mainan kata-kata. 
Kau nampak? Benar kau nampak? 
Mata kau masih kabur kalau pandangan tersekat pada sangkaan. 
Kau fikir? Apa mungkin itu benar? 
Siapa ‘dia’ kau yang berfikir? 
Sekadar ‘aku’ yang degil dan ingkar? 
Kalau begitu simpan saja buah fikir mu. 
Tiada ranum atau manisnya.
Hanya masam dan benyek. 
Tapi bila ‘aku’ mu tiada,
datang kembali bertandang. 
Aku alukan tamu terhormat.
Tapi hanya bila itu terjadi

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment