Muka surat 49

Kalau

Kalau kau rasa aku ni tak layak berguru,
aku hentikan

Kalau kau rasa aku ni tak perlu bersolat,
aku tinggalkan

Kalau kau rasa bila aku aja beribadah tu sekadar riya’ dan pembohongan,
aku cuaikan

Kalau kau rasa jubah putih dan selendang itu bukan kelayakan aku,
aku tanggalkan

Kalau kau rasa laungan solawat aku tu hanya omongan,
aku diamkan

Kalau kau rasa peringatan aku hanya kesombongan,
aku lalaikan

Kalau kau rasa kata-kata aku adalah ‘ujub,
aku gemamkan

Tapi kau rasa, apa yang kau rasa itu suara siapa?
Nafsu atau iman?

Tapi kau rasa, yang terasa sampai kau terasa tu siapa?
Nafsu atau iman?

Tapi kau rasa, suara yang bersuara tu suara siapa?
Nafsu atau iman?

Takpe, azam aku nak jadi macam kau.
Pasal kau pun rasa macam kau ni patut dicontohi kan?

Subuh – Tidur
Dzuhur – Tidur
‘Asar – Tidur
Maghrib – Facebook
‘Isya’ – Facebook
Waktu antara – Facebook atau makan

Takpe, azam aku nak jadi macam kau.
Pasal kau pun rasa hidup kau ni sempurna kan?

Usaha – tak payah
Kerja – tak payah
Khidmat – tak payah
Takpe, kalau risau orang pandang serong, aku pun nak buat macam kau.
Pasal kau pandai kan?

Jumpa ustaz – aku pun jadi alim
Jumpa pesilat – aku pun jadi panglima
Jumpa penulis – aku pun jadi sasterawan
Jumpa samseng – aku pun jadi fighter

Anak bini? Takpe, biarkan. Kan Tuhan bagi rezeki.
Buat apa aku nak susah-susah?

Aku tengok kau okay je.

Kan?

Tapi nanti kat akhirat, kau jangan marah kalau aku tuntut segala imbuhan amalan kau.

Pasal aku memang teringin nak jadi macam kau.

SETAN!!!

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment