22 December 2011 : Resigned from Pizza Hut

Assalamualaikum. Finally I have resigned from Pizza Hut.
Whoah. I can't believe I have accomplished my aim to
work for the first time on my semester break. Its seems like
yesterday I went for walk in interview :') [here]



Working for Pizza Hut for 1 month and 21 days
really give me a lots of lessons and experience! Contoh?

okay mari aku cerita.

benda yang best bila kerja Pizza Hut.

1. Menguatkan stamina!

shift diberi kadang-kadang 6 jam, 7 jam atau 8 jam. kalau 8 jam ada rehat
2 jam. gap antara 4 4 jam. kalau dapat shift 6 atau 7 jam tak ada rehat okay.
kau berdiri la sepanjang shift tuh sebab kami dilarang duduk semasa kerja!
kecuali minta kebenaran minum, boleh la duduk 5 minit dalam dapur.
Minggu pertama memang menggeletar kepala lutut aku berdiri 6 - 7 jam T_T
Lama-lama tuh rileks dah :D

Lepas tuh setiap hari aku  kena jalan jauh dari rumah ke bus stop dan
sebaliknya. Jauh berpeluh aku setiap hari. Memang bersenam! :)

balik maghrib-maghrib T_T



















Dekat sini, kau merasa la mop lantai, sapu lantai, cuci tandas, cuci beribu-ribu
pinggan and paling sadis angkat kerusi atas meja. yala pizza hut sini sampai
jam 11. bila dah tutup kena angkat semua kerusi berat gila tuh atas meja.
seksa okay... SANGAT BERAT KERUSI DIA.

lagi-lagi kalau dapat shift 4 ptg sampai 12 malam. tiba-tiba esok shift kau dia
bagi, 8.30 pagi. tak kau naya. penat-penat kau semalam tak pasal-pasal esok
kena bangun pagi buta pergi kerja. T_T aku pernah macam ni dalam 3 kali la.

Semakin kuat stamina aku! Tidur lambat macam mana pun, penat gila-gila
macam mana pun tetap dapat bangun awal pagi solat subuh.
dulu jangan harap la =.=

2. Makan Personal Pan Pizza SETIAP HARI

Ok ini memang mahsyuk. awal-awal aku jakun sket la. yala hari-hari
dapat pizza free dengan segelas air 7up atau mountain dew. Lama-lama
tuh muak jugak la. tapi lapar punya pasal. telan je la. penat kan.
kaw kerja mana ada lunch break macam kerja ofis. mana bole
makan senang-senang.

Kitorang panggil 'Staff Meal' . ikut manager kau la nak bg staff meal apa.
Masa aku kerja ni, kami boleh pilih antara Hawaiian Chicken, Pepperoni,
atau Vegie Lover. Best kan. Harga dia sebijik RM9.50 okay. kira elaun
makan kami setiap hari RM 11. termasuk air. so tak payah risau belanja
makan. memang jimat :)















Cuma masa aku dah berhenti ni la Manager aku tukar staff meal!
benci betol. Dia bagi jadual.

Isnin: Ocean Tuna Pizza
Selasa: Spaghetti Chicken Bolognese
Rabu: Pepperoni Pizza
Khamis: Hawaiian Chicken Pizza
Jumaat Sabtu Ahad : Family Favourite Pizza.

BEST GILAAAA T_T time aku resign baru macam ni apa la.
Tapi kira bersyukur la sebab dapat makan pizza setiap hari.
sampai aku bosan, aku selalu bawa pulang kasi dorang dekat rumah
lepas tuh aku beli nasi bungkus. muak punya pasal. haha.

Aku dah makin gemuk sekarang. =_="

3. Kita dapat tahu selok belok Pizza Hut ni.


Okay I admit, aku bukan orang yang selalu makan pizza hut
sebab aku anggap pizza hut ni sangat la mahal. tapi semenjak aku
kerja pizza hut ni, aku rasa makanan dia tak ada la mahal
sangat-sangat pun. Dengan RM 9.85 kau dah boleh
makan set: Pizza kecik / Spaghetti / Nasi, air minuman, soup and roti.
Snack Plate KFC lagi mahal okayyy.



Lepas tuh aku baru tahu, Setiap hari ada promotion take away
yang sangat murah tak ramai orang tahu kecuali kaki pizza hut.
Mari sini aku bagi tahu.

Isnin: Ayam BBQ/Oriental RM8, 8 ketul!
Harga biasa RM13.50

Selasa: Spaghetti Meatball Bolognese/Creamy Carbonara RM8!
harga biasa RM11.20

Rabu: 4 Pizza Regular Viva (nipis sikit punya) RM33 only.

banyak lagi la. ada pair deal, triple deal blah-blah
kadang-kadang kami malas nak bagitahu customer.
penat la nak cerita dekat ratus-ratus orang yang
datang setiap hari.

Pernah tuh promotion paling best buy one free one pizza!
Tapi sayang dah habis. Tak ramai jugak orang tahu.
sebab kami tak bagitahu. hahahaha jahat kan.



Lepas tuh kalau kau nak jimat sila take away je la.
sebab makan situ cas service tax lebih kurang RM2.50
okay. sangat mahal

Beverage pizza ni pun mahal-mahal. Tempat aku kerja
outside food bawa masuk takpa. Kadang-kadang tuh
dorang bawak air sendiri lepas tuh order spaghetti.
tak payah malu-malu. Kami tak kesah pun -.-

4. Communication skill improved!


biasalah jumpa maca-macam customer. Dulu aku segan nak
bawak borak. Tapi lama-lama tuh boleh la bawak berbasa basi
sikit. Ada yang mengorat... kita tk ble marah.. kena layan je.. haha
ok sejak aku kerja pizza ni aku dah makin tak malu becakap dengan
stranger :)



I am able to break the ice so easily now. :)

5. Dicipline, Panctuality, Patience

Ni pun biasalah bila kerja kan. Aku baru dapat merasa apa benda punch card
tuh. Macam bodoh-bodoh aku masa awal-awal. Takpa la atleast nanti kerja
dah taw kan.

Lepas tuh kena merasa la kena marah manager, kena tegur colleague
yang lagi muda dari aku. Kena marah customer. Kesabaran pun semakin
UTUH!

Lepas tuh aku makin pandai urus jadual aku, macam mana nak sampai kerja
awal... belajar pakai make up.. hahaha. macam-macam la. :D



So ini antara 5 perkara besar yang aku belajar dari bekerja dekat Pizza Hut.
Memang best and ENJOY habis! biarpun penat macam buruh kasar
tapi kawan-kawan semua supportive and happy go lucky.
Suka buat lawak buat kau enjoy kerja sana. Takda pressure semua.
memang sedeh gila masa aku resign semalam.

Satu la draw back besar bagi aku.

Aku dah ketagih makan pizza and spaghetti.  dah 3 hari aku tak
makan pizza. macam mau demam pun ada.

ohya. semua gambar ni aku amik sendiri .

bye.

P.S : aku dah update blog. ok? :P

3 comments:

  1. best kan! aku pn ada experience sendri yg hebat time keja McD~ ENJOY!

    ReplyDelete
  2. nasib d sabah punya branch,za.kalau kerja fast food d kl ni,patah suda tulang2 kita baru abis shif kali.congrats!timba pengalaman lg.

    ReplyDelete