Kepercayaan

ada kawan di luar sana kelihatan ceria
tapi tiada siapa tahu di dalamnya sangat rapuh
berkeping-keping

terasa diri ini tidak layak untuk diberi mandat 'kepercayaan',
menjadi tempat berkongsi kerapuhan itu.

Bukan. bukan aku tak sudi.
cuma.

kepercayaan itu sangat sensitif
seperti kaca mudah pecah.
seperti kertas yang mudah keronyok

tapi hati ku juga sangat senang sebab kesudian nya
untuk menjadikan aku salah satu tempat untuk berkongsi

Aku mungkin tak mampu menyambung pulihkan
setiap kepingan-kepingan itu dengan tangan-tangan ku.

Tapi aku tak pernah berputus harap dan berdoa,
agar aku mampu memberi sokongan ketabahan dan kekuatan
kepadanya untuk bangkit bangun memulihkan kerapuhan hatinya


Terima kasih kerana percaya aku.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment