1 March : Updated.

Assalamualaikum. malas sepekeng.

hm. tajuk pun macam takda life betol.
ya. last time update pasal hidup aku pun last 23 Jan
pegi Genting Highland. dah la cakap dekat situ
'to be continued.." banyak la kau iza.
tak tersambung-sambung punn.

tak update blog.
More than a month ago tahu taaaak!!

Gila.

bagi aku gila la sebab ini bukan aku.

Kesian blog aku. entahla. blogwalking pun dah tak bernafsu
ni kan pulak nak update blog. tapi disebabkan macam-macam
yang berlaku di sekeliling. aku rasa sayang kalau tak
muatkan dalam blog aku.

So these are some of my stories along one month ago....

*ok semua cerita di bawah suda basi and dah lama berlalu
peduli apa aku. tmau baca suda :p

1. Pasal Genting yang tak tersambung-sambung tuh -..-  (Jan 21)
[here]
em. ok. lepas aku muntah, baru kepala aku terasa ringan, apa lagi,
sambung main la! main Sungai Rejang (tak silap namanya).
Game ni buat baju basah sikit -.-
curi dr blog orang :p














lepas tuh pegi game yang paling deadliest dekat situ. SPACE SHOT.
yeahhh. sangat seram naik benda tuh and tak semua orang pernah naik
bia pun dah 10 kali pegi genting. i made it. ini kali kedua.

space shot yang sangat tinggi


















Lepas dah puas main, kami pun balik lah dengan selamatnya :)

2. Beli henpon (January 24) 

Ingat tak post aku pasal henpon apa paling best bawah rm500? [here]
memang ramai jugak orang visit and puji post aku.
sampai ada yang ikut advice aku, pegi beli samsung galaxy y. hahahaha.
dalam post tuh aku memang cakap samsung galaxy y adalah android phone
paling bes buat masa sekarang, and aku nak beli.


















tapi at last? aku tak beli pung... haha. aku beli
HTC wildfire. RM499 dekat mudah.my . dekat mall
jual RM677 taw. ada yang RM700++!
Aku beli sekali dengan casing and screen protector,
dapat RM534 only :) First hand okay. nak cari henpon
kena banyak research dekat internet.



Alhamdulillah jumpa kedai borong handphone dekat mudah.my
Aku tak berani main pos laju ni. so aku walk in.
Ni first smartphone aku and pakai duit aku seratus peratus.
cuma screen protector and casing abang belanja la.

first pic captured by my new phone :)


















Happy jugak la dapat beli henpon sendiri pakai duit gaji
pizza hut. :) bia pun ni model 2010. yala keluaran lama.
tapi not bad laaa.

Kenapa aku tak beli samsung galaxy y? sebab aku tak bole
terima camera dia 2.3 MP only! lepas tu tak support
Adobe Flash Player. At least HTC Wildfire ada 5MP
and bole support Adobe Flash Player. android sj la dia kalah.
android 2.2 only. tu sahaja. so angkat htc la better.

em mau review tak? malas la. bukan henpon latest pun..
satu la BIGGEST DRAWBACK. Bateri tak tahan mana pun.
kalau online tahan 12 jam SAHAJA. kalau tak online, pakai
buat call, sms, main game frozen bubble, main mp3 tahan sehari.
Kalau sms and call only, tahan la dekat 2 hari insyAllah.

3. jumpa syara buat kali ketiga tak silap. (24 Jan)
Rindu gila dekat dia so kitorang jumpa la sekejap..
lepak dekat midvalley...













Dia bawa kan spageti dari rumah taw. sweet tak?
ehehe. lepas tu kami makan dekat food court
sembunyi-sembunyi sebab food court tak bagi masuk makanan
luar. peduli apa aku. ehe.




4. First time makan korean food dengan anith


















Anith makan Toppoki Beef. aku makan Bibimpap Beef.
makanan dia.... eeeee... tak sedaaaap T_T

bibimpap set : sos merah, sup telur, bayam, kimchi,
kacang panjang and the bibimpap.














aku makan bibimpap. dia ada nasi macam nasi pulut,
atas dia ada sayur, daging, lepas tu kuning telur
dekat tengah tengah. instruction atas meja
suruh tuang sos merah and gaul sampai sebati makanan tu.
Kononnya itu la cara nak enjoy bibimpap tu.

Lepas aku gaul-gaul nasi, sayur, kuning telur, daging etc
dengan sos tu, terus rasa dia pelek. macam muntah badang ! T_T
dengan kuning telur yang melekit dekat nasi tambah lagi sos dia
bau pelek...aku tak mampu habiskan.

Kawan aku cerita, dia makan bibimpap, dia tak gaul
pun macam yang kena advice tu. dia makan sedap gila.
so aku baru sedar. orang melayu mana la nak
gaul nasi dengan lauk sampai sebati. tu macam nak
bagi makan kucing dah -.- err aku bukan kutuk orang korea taw..
mungkin cara dorang makan lain. lain culture lain style la..
jadi, next time, bila makan bibimpap or whatsoever korean food
jangan gaul-gaul macam yang di advice kan tu if u are a lidah melayu tegar.

toppoki beef














Anith punya macam ala-ala tomyam korea. not bad la.
sedap. dia campur beef, toppoki (google sendiri) and
letak tofu banyak-banyak.

5. Makan tepi laut menyebok Annivessary Kawen Kak Ita and Abg Adie.


















Hahaha. Menyibuk kan. memang pun. 6 february adalah annivessary kawen
kak ita and abg adi, tahun ni yang ketiga tahun suda :) dorang pun
celebrate makan tepi laut dekat Pelabuhan Klang. Jauh kan. tapi cantikkk















Makan ikan sweet and sour, udang, kangkung. rasa dia not bad la.
tapi sunset sini awesome gila
































Lepas makan, kami singgah i-city. Well ni first time datang sebab before ni rasa macam tak berminat pun nak pegi.
ala setakat tengok lampu lepas tuh balik? -.-
tapi, alang-alang lalu situ, singgah la kejap.
ramai gila orang sampai photoshoot kawen pun ada orang buat situ.






sini ada snow walk. tapi bayar rm25! sangat mahal and tak berbaloi ok.
setakat nak sentuh-sentuh ais dalam peti sejuk besar dorang tuh nak bayar 25?
yayyy -..-



Sana panas gilaaaa sebab lampu are everywhere.
basah baju berpeluh -.- tapi view dia nice laa. ok la.

7. Beli buku yang dah lama aku idamkan.

Ya. buku ni. aku kenal buku ni dari kawan aku farhana. dia
beli mahal okay. RM70. tapi content dia sangat-sangat awesome.
Group of doctors yang dah bertahun-tahun buat research pasal
body language, then summarize all them in this book. dalam dia,
semua jenis body language dari mata, mulut, tangan sampai ke kaki
dorang kupas. bes! aku tak habis baca lagi. baru sampai separuh.
Buku ni bes sebab dia nak ajar kita nak baca bahasa badan orang so
kita boleh la improve communication skill bila dapat interpret
body language orang. :)



Disebabkan buku ni mahal, aku tak mampu nak membelinya.
dari aku first sem lagi dekat cfs aku nak beli! Alhamdulillah,
ada voucher buku, bole la angkat satu! beli la. besss.. :)

8. Lawatan Ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak
ehehe. gempak kan? melawat orang sakit mental tuh..
Aku pegi under PERKIM (Persatuan Kebajikan Islam Malaysia)

7 pagi dah kena gerak


















Selama ni aku fikir hospital tanjung rambutan tuh dekat KL.
rupanya di Perak!






Muzium


Hospital Bahagia ni kawasan dia BESAAAAAARRRRR.
bukan sebijik bangunan semata. tapi satu kawasan besar 
macam sebuah bandar! kalau nak pusing kena naik bas.
Ada kebun... wad... kelas-kelas kemahiran..
semua jauh-jauh.


Hospital Bahagia ni sejak 1911 taw. tahun lepas ulang tahun
yang ke 100! siap ada muzium lagi. ini antara gambar menarik 
dalam muzium:

ini jam punch card orang dulu-dulu. PANJANG!


electrocardiogram














ok. ini sangat menarik. aku macam amaze gila dengan benda ni.
ni elektrocardiogram zaman dulu-dulu. ala.. monitor denyut jantung kita. 
bila dah manusia mati terus bunyi, tiiiiiieeeeeeetttttt..... haaaah.
ni zaman dulu punya main print sj corak denyut kita macam resit kedai.
cool!


baju pesakit


external use medicine. dulu tiada krim.. pakai powder,
letak air baru sapu atas kulit.
















Lepas pegi muzium, lawat pesakit mental. satu wad sj.
wad scizophrenia, kekeliruan identiti. dorang ni rilek sj...
tiada la macam kerasukan histeria tuh. kalau yang macam
tu pesakit di letak dalam wad pemulihan. kami tak kena bagi
lawat.

Di sini kami tak boleh gambar pesakit sebab identiti
dorang mesti dirahsiakan

Pegi kelas kemahiran menjahit...


















and last sekali pegi Wad Forensik. wad tempat orang sakit mental
yang buat jenayah. serammmm macam masuk penjara pun ada.
semua dorang pandang-pandang :S

pintu masuk wad forensik














Lepas tu kami balik la... tu sj...


9. My first program this year : Running Mall. (25 Feb)

Setiap blok dekat hostel aku ada organization sendiri and ada
program masing-masing. untuk blok (hisbah)
aku, kitorang ada banyak plan nak buat sem ni. ada pertandingan
jahit patung keychain, mural, kayak, lawat muzium and salah satunya
Running Mall. yang ni kawan aku cadangkan, and aku jadi
Program Manager dia.

tengah bagi briefing :p













Dekat hostel sekarang semua demam tangok running man. aku
pun pelek kenapa. so aku pun nak la buat game macam running
man tuh. tapi versi melayu. haha. buat dekat Mid Valley. Aku sendiri
tak tengok pun running man tuh tak sangka ble organize game
ala-ala running man -.-"

ramai-ramai gerak 24 orang. kaw adaa?? :P


MPH. one of the checkpoint


Spaghetti Farm


Peserta kusyuk baca clue 


semua perserta dia :)




















































tak ramai pun yang join. kitorang limit 4 kumpulan
sebab tanak la ramai-ramai. nanti huru hara Midvalley
oleh kami :P

kumpulan Biru no 1, kumpulan hitam no 2, kumpulan
hijau no 3 and merah no 4 . Well done guys :)

Faci and peserta :D














Alhamdullillah semua ok la.. ada yang cakap clue dia senang.oyea?
aku just takut dorang sesat dalam mid valley kang amacam?
so aku bagi level normal la untuk dorang. haha. apa-apa pun
thanks banyak-banyak dgn committee lain dengan sokongan padu
korang.

10. Makan ramai-ramai dengan Hisbah Line Up :) (25 Feb)



Hisbah Line Up tu organization committee block hostel aku.
Semester ni Allah pilih aku untuk conduct dorang. jadi head dalam
block tu. lebih kurang president la kononnya. i admit, without
them, aku langsung tak mampu nak pegang taw. dorang banyak
gila bantu aku. yala aku ni cepat panic, serabut, dorang la banyak bagi
support dekat aku. THANKS tak terhingga buat adik-adik sekalian.



lepas running mall game tu habis, kitorang pun decide nak
makan sama-sama. bukannya senang nak kumpul 11 orang
jalan outing sama-sama kan. Kitorang pun pilih makan
dekat Noodle Station. aku first time makan sini sebab aku
tak minat sangat mee ni. tapi makanan dia not bad la.
aku amik mee carbonara ham turkey. Kuah carbonara dia cair.
tak sedap sangat. -.- tapi kawan punya pekat pulak. tak adil!



Kitorang solat sama-sama.. jalan sama-sama masuk kedai.
memang terus crowded la kedai tu. haha. apa-apa pun,
happy sangat-sangat bila dapat spend masa dengan dorang semua :')

SOOOOOooooo itu la benda-benda yang agak interesting skettt la
berlaku sepanjang febuari. emmm banyak lagi yang berlaku
tapi tak bes sangat pun. aku pun dah tak ingat.

Yang penting aku nak bagitahu, minggu depan
6,7,8,1 March aku ada Mid-sem! Math, Basic Theme in Quran,
English and Biology respectively.

GILA KAN!! so doakan aku dapat menjawab dengan baik

Amin

thanksforreading!

P.S : bahasa rojak aku sangat kronik dan melampau kali ni. sorry :S

12 comments:

  1. tulis lg ba psl tu hospital..sikit ja gmbrnya?!aku mau tgok bnyk2!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti aku free aku update special post pasal tanjung rambutan ahhh

      Delete
  2. Gud luck mid-sem za. mishyouuuuu so much daling T_T

    ReplyDelete
  3. eh mana entry ikea? :p

    kak ita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala bukan sepesel pun makan situ. hehe

      Delete
  4. bestnya last sem kau..terbaik ah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau .. aku dah bekurun buat blog baru kau nak folo! >.< emm last semester is always be the best one kan ? :D

      Delete
  5. yup3!! last sem smua benda jadi best~ttbe~
    *weyh, aku baru follow tapi aku da byk kali bukak tau~ aku stalker terhebat,, tak tau ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. eii menakutkan.. cuba la folo.. halal sikit.. haha

      Delete
  6. waa....korg dpt p wad pesakit mental? cool!
    btw muka ko dgn kakak ko ade mirip2 sikit,;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah. perkim ada buat poster kan hari tu. :)
      akak aku ? hehe yeke.. :P

      Delete