18-22 May: Travel to Sabah (Part 1)

Prolog

*tarik nafas*
FUHHHH...

Alhamdulillah di beri mood jugak akhirnya untuk menulis journal yang
tak seberapa ini. Kali ni aku terpaksa pecahkan jugak ceritera ini
kepada beberapa part sebab panjang gila kalau nak cerita satu post!

Alhamdulillah (sekali lagi) sebab akhirnya aku berjaya menjayakan
'Pakej Bajet Melancong ke Sabah' anjuran aku sendiri secara
julung-julung kalinya! ^..^ *bangga* - err siap ada nama pakej
lagi tak bole belahhh

Pakej Bajet ni terbuka kepada kawan-kawan rapat aku yang terasa nak
pegi Sabah. Tempat pulak terhad 4 orang. Bajet RM 500,
kau dah boleh pusing Sabah! Agak lama jugak la aku tawarkan.
Sejak awal 2012! mean, aku ada 5 bulan
untuk rancang segala-galanya sebab travel bulan 5.
ceh macam projek beribu ringgit pulak kan!

tentatif! dua page taw!





















Awalnya ada la 3 orang kawan yang berminat. Tiba-tiba sorang tak jadi
sebab tak cuti masa tu. 2 orang confirm dan beli tiket. Tiba-tiba lagi,
very unexpected sorang tarik diri di saat akhir sebab a very urgent
family matter katanya. Memang aku agak kalut la sebab satu orang
je pelancong aku?! KESIAN GILAAA. aku cari ke hulur ke hilir cari-cari
mana la tau ada yang nak. tapi dah last minute sangat. takpa la. satu orang
pun jadi la. yang penting ada. v_v

Siapa kah orang bertuah itu? jeng jeng jeng.. itu dia Anith Kamilah!
Jom mulakan travel!

PART 1

18 May


Anith dengan selamatnya sampai Sandakan, Sabah pukul 4 petang...
Untuk travel di Sandakan, tempat tinggal dan makan minum aku
yang sponsor :) dah rumah aku di sandakan. takkan mau tidur hotel
pulakk.

Airport Sandakan






















Ayah aku dah siap-siap amik cuti jumaat sampai ahad
semata-mata nak jadi tourist guide drive kami pusing
Sandakan! TERIMA KASIH DAD! Petang tuh takda
aktiviti sangat sebab taw je anith masih jet lag sebab duduk
dalam flight 3 jam!

Pasar Sandakan - ihsan google


















Jadi ayah aku cuma drive kami ke persisiran laut
tengok sunset, lepas tuh pegi Pasar Sandakan beli ikan!
haha kesian anith. tak pasal-pasal masuk pasar ikan.

ihsan google




Disebabkan di KL sangat la susah nak makan ketam yang fresh + murah,
jadi malam tu aku minta tolong mak aku masak kan ketam tumis
dan ikan kerapu stim khas buat pelancong saya. ngehehe.

Thanks Mom masak sedaaap!
















Anith melantak sampai habis!


















Lepas makan malam kami kena tidur awal
sebab tentatif esok start awal pagi dan sangat pack!
kena kumpul tenaga!

To be continued.... :) Part 2 [here]

2 comments:

  1. kasi dulu ba kunun copy of tentatif mu tu,za. aku slalu mau plan dgn kwn2 tp aku terlalu la mls mau pg google2 tmpt d sekitar sabah. dan buat research lg pasal tmpt tggl and all. plus, transport problem. serius nih. haha.

    get back to me pweez... : emmalisa_08@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. masa di sandakan, bapa ku jd driver and tourist guide.
    masa di KK, kak ku plak jd driver and tourist guide.
    tu aku senang sikit sbb family tolong kan. lagi pun aku bawa 1 org kawan seja jadi senang mau di urus..

    ReplyDelete