18-22 May: Travel to Sabah (Part 2)

Baca Part 1 [here]

Part 2
19 May 
Assalamualaikum...
Pagi-pagi di hari sabtu, kami breakfast di gerai
dekat rumah aku, makan Coto Makassar! makanan
ni berasal dari Indonesia dan sangat berbeza dengan
soto.

ihsan google













Coto, kuah dia pekat sikit sebab di campur
sedikit kacang. tapi bukan ini kuah kacang!
masih cair macam sup, di makan dengan nasi himpit,
daging/ayam/perut/urat atau campur semua sekali!

I dare to say, Sandakan has the most delicious
Coto Makassar in Malaysia! especially yang dekat
rumah aku ni. :P

RESEPI COTO MAKASSAR [HERE]

Done breakfast, so...what is the first place to visit?
its Rainforest Discovery Centre (RDC) !

Rainforest Discovery Centre


ihsan google!

















RDC ni tempat di mana pemuliharaan hutan dilakukan.
Dorang jugak melakukan penyelidikan disini.
30 minit dari Airport Sandakan menggunakan kereta dan
hanya 10 minit dari Sepilok! tempat ni sangat terkenal
dalam kalangan bird-watcher dari seluruh dunia.

Selain tu, tempat ni sangat sesuai untuk lawatan sambil
belajar. Dorang ada sediakan aktiviti menarik macam
treasure hunt, ada exhibition centre, herbs garden dsbg.

exhibition centre - ihsan google














Di RDC ni dorang telah menyediakan kawasan hutan yang sudah
disempadankan khas untuk pengunjung. Dilengkapi dengan fasiliti macam trek pejalan kaki, kanopi tempat tinggi
(utk bird watcher), ada tangga, ada tandas dalam hutan...

trek pejalan kaki ke tempat tinggi - ihsan google













Kita datang sini cuma perlu bayar RM 5 entrance fees 
lepas tu dorang akan sediakan peta untuk kita jungle trekking.
Jangan risau. hutan dia tak tebal mana pun. Lagi pun trek
pejalan kaki dah siap di simen lagi. Pakai selipar pun tak pa.
hahaha.

one of the canopy - ihsan google















Enjoy some of our pics :)

that's my mom and dad































Di sepanjang trek,
dorang akan sediakan papan-papan info macam nama pokok,
haiwan apa yang tinggal dekat pokok tuh.. etc..


















         






















 














cauliflower! siapa masi ingat? bio? haha



































RDC jugak ada sediakan servis naik boat kayuh sendiri.
ala yang kita kayuh-kayuh pakai kaki, jalan la boat tuh.
Tah apa nama dia tapi mahal gilaa. RM 5 untuk 15 minit!

tuu boat diaaa










































Ada jambatan gantung merentasi tasik buatan ni.
Perasan tak ada atap di sudut gambar di atas ni.
Tu lah salah satu kanopi dia. tinggi kannn... Gayattt..

pokok semua tinggi blako




















hooreyy kami puas ati!















kami start jungle trekking dalam hutan dalam pukul 9 macam tuh,
pukul 9.45 kami kena gerak pegi Sepilok pulak sebab
tak nak lepaskan peluang tengok feeding time orang utan pukul 10!

So sad, tak sempat round semua tempat macam herbs garden dan
exhibition centre :(

Now, let's go to Sepilok!

To be continued..... Part 3 [here]
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment