18-22 May: Travel to Sabah (Part 3)

Don't miss the
Part 1 [here]
and Part 2 (Rainforest Discovery Centre) [here]

Part 3
masih 19 May


Sepilok Rehabilitation Centre


Assalamualaikum... Mari kita sambunggg.
Sepilok ni beberapa minit sj dari RDC.

Sepilok adalah sebuah pusat pemuliharaan Orang Utan.
Terdapat beberapa pusat pemuliharaan di seluruh dunia
dan buat pengetahuan kamu semua, Sepilok adalah pusat
pemulihan Orang Utan yang terbesar di dunia!
COOOL!

Orang Utan merupakan spesis yang terancam.
Jadi pihak Sepilok membuka pusat ini kepada orang
ramai untuk memupuk kesedaran bahawa Orang Utan
ni harus dilindungi.

















Tapi, kawasan yang dibuka untuk orang ramai tak luas.
hanya satu platform tempat makan Orang Utan shj yang di buka
untuk orang awam daripada berpuluh-puluh platform tempat
makan lain di dalam hutan sepilok.

trek pejalan kaki dalam hutan ke platform makan





















Platform tu la tempat tarikan pelancong. Setiap pukul 10
dan pukul 3 adalah 'feeding time' Orang Utan. Staf Sepilok
akan pegi ke platform membawa buah-buahan lepas tuh
banyak la monyet dan Orang Utan datang makan masa tu...

platform yang dibuka untuk orang ramai 























Tapi masa kami datang, hanya 2 ekor Orang Utan sj yang
datang makan... yang banyaknya monyet-monyet yang
tidak dijemput -.-


Sepilok dibuka sebelah pagi pukul 9 pagi sampai 12
dan sebelah petang pula 2-4 petang

Kawasan pemulihan seperti klinik orang utan tidak dibuka
untuk orang awam kecuali penyelidik atau mana-mana pihak media
yang nak iklankan Sepilok ni. Kalau ada jugak pelancong nak tengok
lebih banyak tempat di Sepilok dorang kena ada tourist guide la.

Jadi di Sepilok ni, kita memang tak mendapat peluang untuk mendekati
Orang Utan apa lagi nak sentuh! memang dorang larang sebab sistem
imun Orang Utan sangat lemah terhadap penyakit manusia macam selsema,
batuk. dorang bole mati taw!

exhibition centre

















Masuk dalam Sepilok ni, cuma perlu bayar RM 5 entrance fee.
Di sana ada exhibition centre mengenai Orang Utan, ada tayangan
video tentang Orang Utan dan bagaimana Sepilok memulihkan
populasi Orang Utan ni. Ada juga kedai cenderamata, kedai makan
dan macam-macam fasiliti lain

tayangan video






















That's all from Sepilok! See you again! Jumpa Lagi!















Pulang dari Sepilok, kami terus pulang ke rumah untuk
rehat dan sembahyang Zohor.

To be continue...... [Part 4]
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment