18-22 May: Travel to Sabah (Part 4)

Don't miss the
Part 1 [here]
Part 2 (Rainforest Discovery Centre) [here]
Part 3 (Sepilok Rehabilitation Centre) [here]


Part 4
masih 19 May

Next place to go after Sepilok? Pasar Sim Sim!
ihsan google



Pasar Sim Sim dekat dengan Perkampungan Air Sim-Sim merupakan
kedai makan ikan bakar paling terkenal di Sandakan dengan harganya
yang murah dan berpatutan. Pasar ni dekat dengan laut, jadi semua 
makanan laut dia memang fresh dari laut, terus di bawa pegi pasar
ni dan di masak!

Bumbu ikan bakar dia. MasyaAllah. SEDAP GILAAA!
aku dah berapa kali makan sini kalau nak kira dengan jari, 
tangan dengan kaki pun tak cukup tapi tak pernah bosan pun!

Di sini, ada beberapa kedai makan macam food court la
lebih kurang. Ikan sini harga ikut jenis ikan, saiz dan musim
Tak mahal mana pun. Dalam RM 8 - 20 ikut saiz. Kalau musim hujan, 
harga ikan naik sikit. Tapi di sini dorang cuma jual ikan dan sotong. 
Takda ketam dan udang galah.

Sebelum


Pergi Pasar Sim Sim dengan dad and anith, kami beli
ikan bakar sebelah. Ya. Nama ikan tuh, 'ikan sebelah'
tak tahu la ada jual tak di kl sebab anith tak pernah tau
ikan sebelah ni. korang kenal tak? pegi la google sendiri
kenapa nama dia ikan sebelah. Ada banyak lagi ikan lain.
dalam 10 jenis ikan!

Selepas















Untuk lauk pauk, dorang ada jual banyak jenis sayur, satu piring
kecik RM 2 sj. Dapat soup free sorang satu, air kosong free.
Paling best, diorang bagi satu bekas nasi besar. Besar macam sorang
tuh bole tambah nasi dalam 6 kali! Diorang tak cas bekas tuh.
Dorang cas berapa orang makan nasi. Satu kepala RM 2!
tak kesah kau tambah berapa kali sampai nasi dalam bekas tuh habis.

Ikan tuh kami beli RM 12. Total, makan tiga orang cuma RM 22!
MURAH GILA KANN! aku dengan anith menganga sampai masuk
kereta..

Lepas lunch, kami pegi kedai souvenir atau nama femes dia
Pasar Filipin Sandakan. Sandakan memang terkenal dengan
mutiara laut masin dengan harga yang berpatutan!

Di samping banyak lagi souvenir lain macam key-chain,
baju, kuih cincin, keropok amplang etc....

Anith rambang mata dengan mutiara :P



















Next place to go?

Agnes Keith House

Siapa Agnes Keith? dia adalah seorang penulis bebas
dari Amerika, menetap di Sandakan sebab suami dia
(kerja kerajaan british) dapat posting di Sabah.

















Kebanyakan buku yang di tulis beliau adalah berkaitan
dengan kehidupan dia di Sabah. Sangat unik dan menarik
sampai dia mendapat banyak anugerah melalui penulisannya.

Ini adalah rumah mendiang Agnes Keith yang menyimpan
1001 kenangan. Setiap sudut di rumah tuh, menyingkap
banyak memori dorang di Sandakan dari tahun 1935 sehingga
lah tahun 1952. Mereka akhirnya berpindah ke Philippines
sebab suami Agnes dapat posting dekat sana pulak.

















Agnes Keith menjadi terkenal di Sandakan, dan di Sabah
kerana buku beliau 'Land Below The Wind' akhirnya menjadi
moto (eh moto ka di panggil?) negeri Sabah, Negeri Di
Bawah Bayu. Kiranya dia lah pengasas!

Masuk rumah dia, kita cuma perlu bayar RM 2 entrance fee
tapi sayang kamera dilarang bawa masuk dalam rumah tu
jadi kami bergambar di luar rumah sj.

Rumah Agnes Keith

















Rumah dia, memang cantik! siap pasang air-cond lagi.
dorang furnish memang exact macam susunan rumah
Agnes dulu. Dengan peti sejuk tahun 30-an, kerusi, meja,
jam, suis, semua vintage!

Banyak gambar-gambar peribadi keluarga Agnes digantung di
dinding, cerita-cerita kehidupan dorang, kalau satu jam
memang tak cukup mau baca semua. Kalau korang
mau betul-betul hayati cerita kehidupan Agnes ni, you need
two hours to spend!


Lepas melawat di Agnes Keith, tak sah kalau tak pergi
English Tea House and Restaurant yang cuma bersebelahan
dengan kawasan Agnes Keith House.

tu tea house dia :)

Tea house ala-ala english ni mendapat inspirasi dari Agnes Keith 
house tu la. semua makanan, minuman dia english punya.
Harga pun macam english jugak la kan. hahaha

View menghadap laut yang sangat cantik

Kami masih kenyang dengan ikan bakar sim sim tuh. So tak makan
apa-apa pun di sini. Cuma amik gambar dan menyemak sj. hehe


Aku pernah jugak post pasal Agnes Keith ni dulu.
konon-konon la mau ikut blog contest, tempat menarik di Sabah,
tak sangka aku menang! dapat la hadiah beg vintage. hehe
sini post dia, baca la! [here]

merak pun adaaa.. sayang dia tak kembagkan ekor dia :(

Lepas 2.... 3......
ehm. kami pun pulang la rumah ikut jalan persisiran laut.
Daddy bawa kami di satu jalan, di mana kita boleh tengok
satu bandar Sandakan tu. Subhanallah. Sangat awesome view 
dia! :')

Sandakan dari jauh
ni aku bagi zoommm













Sampai rumah bawa anith jalan-jalan pusing perumahan aku.
Rumah aku di Taman Airport sebab dekat sangat dengan Airport.
5 minit naik kereta!



Pusing sampai belakang rumah aku. Alhamdulillah aku dapat
backyard yang tak berhadapan dengan backyard rumah lain.
Aku dapat backyard semak dan pokok-pokok.
and guess what apa lagi korang boleh jumpa di belakang
rumah aku?


Ada payaaaa! banyak ikan taw sini. kadang-kadang tuh 
ada orang memancing!

19 May is the last day we were at Sandakan.
Alhamdulillah dalam satu hari Sempat jugak
bawa Anith pegi RDC, Sepilok, Pasar Filipin,
Pasar Ikan Bakar Sim-Sim dan Agnes Keith.
Esok kami mau bergerak pegi Kundasang pulak!

To be continued...... Part 5 [here]
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment