18-22 May: Travel to Sabah (Part 6)

Don't miss the

Part 1 [here]
Part 2 (Rainforest Discovery Centre) [here]
Part 3 (Sepilok Rehabilitation Centre) [here]
Part 4 (Agnes Keith House) [here]
Part 5 (Mt. Kinabalu, Kundasang) [here]

Part 6
masih 21 May

Assalamualaikum.
teruk kan. lepas part 5, terus menghilang
mau seminggu. padahal cerita tak habis lagi.
ish ish ish. pemalas punya pasal la. Sori....

Benda suda sebulan lepas. Siapa la mau baca.
Harap-harap masih ada yang sudi. Hehehe

Poring Hot Spring
Okay we continue to the part 6 of "Travel to Sabah".
Kali ni cerita masa pegi Poring. Like I said on the last post,
Poring ni memang agak terpencil! 50 Km dari Kundasang.
memang jauh gila la kan.

masuk simpang lebih kurang 20 minit lagi untuk
sampai ke poring Jauh kan.

Yang tak bes nya pegi Poring ni, bila kita takda kenderaan
sendiri. Nak cari bas masuk ke poring tuh sangat susah!
Kalau ada ikut travel agensi, mungkin dorang sediakan bas,
jalan secara berkumpulan. Tapi disebabkan kami jalan
sendiri-sendiri, kena la cari bas mini awam.


jalan kampung masuk Poring


















Mau sejam cari bas pegi poring di terminal bas Ranau,
nasib kurang baik. Pukul 10 bas masuk jalan poring takda lagi..
Nak naik teksi RM 60 one way! gila mahaaal.

Lepas tuh ada la sorang abang ni datang tanya nak pegi mana.
Dia kata kami boleh sewa bas dia pegi Poring, pegi balik RM 60!
mahalnyaa kami dua orang sj untuk bas mini besar mcm tuh!
Dia kata biasanya, 5, 6 orang dia hantar, tp hari ni,
kami dua sj yang nak pegi Poring, apa boleh buat...
Kalau nak, kami bole tunggu lagi orang lain. mana tau ada kan.


Masuk lagi simpang ke Poring 


















Tapi disebabkan kami kesuntukan masa,
terpaksa la kami terima tawaran abang ni. First
tuh was was jugak. Tapi disebabkan cara cakap dia tuh,
macam ala ala tourist guide, ok la. kami sewa la. dia bagi
diskaun RM 50 pegi balik. Bayangkan, bas mini yang gabak tuh,
kami dua orang sj! tbaekkkk

Alhamdulillah kami sampai Poring dengan selamatnya
pukul 11 walaupun dalam plan kena sampai pukul 10.
Janji dengan abang tuh, amik pukul 2.30 petang.
Jadi ada lebih kurang 3 jam setengah sj!!


nampak plastik hitam? tuh bekalan makanan kami!






















Bila sampai Poring, happy tengok Anith yang agak teruja
tengok hutan menghijau, jeram, memang nyaman!

Banyak aktiviti yang boleh buat disini.
Untuk warganegara Malaysia, tiket masuk RM 3 sj.
Lepas tuh ada banyak aktiviti lain di sini yg perlukan
bayaran tambahan. Boleh rujuk [sini]



















So, untuk aktiviti extra, kami pegi Canopy Walk, RM 3
and kalau nak pakai kamera masuk Canopy Walk
bayar lagi RM 5 satu kamera :( apa laaaaa

Kalau datang sini dinasihatkan bawa la makanan
sendiri sebab agak susah nak jumpa makanan
berat di sini. Kalau ada agak mahal



















Inilah tarikan utama Poring, kolam mata air semulajadi yang sangat sangat panas
rebus telur pun bole masak. seriusss tak tipu. Sampai
dorang terpaksa buat warning sign 'Dilarang rebus telur'
kat situ.



















Masuk-masuk poring terus tukar baju mandi, rendam
dalam kolam air panas dorang yang sangat awesome!
Di sini dorang sediakan banyak kolah kolah kecik
muat untuk 2 orang, ada dua paip. Satu sejuk satu panas
so kita boleh regulate kepanasan air dalam kolah tuh.




















ada jugak kolah besar untuk family, dia regulate suhu air tuh secara
automatik. Biarpun untuk satu keluarga, kami tidak peduli.
Kami conquer jugak kolah tuh. HAHAHAH *evil laugh*






















Dah penat berendam, kami pun bersalin baju, makan,
solat dekat surau dia yang kecik dan comel, dan bersedia
untuk  aktiviti seterusnya! Canopy Walk.


awas lantai licin!
















Kami nak masuk Butterfly Farm malangnya,
hari tuh hari Isnin, dia tutup...
so jangan pegi poring hari isnin ok.

























Canopy Walk adalah satu aktiviti di mana kita akan berjalan di atas lapisan hutan yang
kedua paling atas, iaitu lapisan kanopi.
Di sini lah tempat paling banyak haiwan tinggal.


hah bayangkan tinggi yang kami patut naik!
-ihsan google
























untuk pergi ke Canopy walk bukan kena panjat pokok terus.
kita kena masuk hutan,daki daki dan daki bukit sambil
menghayati keindahan hutan...sejauh 550m sampai mengahh..


JOM!










daki dan daki
dan daki dan daki
















ANITH! tunggu la woi!
sejuk hutan ni!

































































Akhirnya kami sampai di pondok Manggas, kami kena lapor diri di situ untuk masuk ke
canopy walk. Jambatan gantung telah dibina dari satu pokok
tinggi ke pokok tinggi yang lain


ni stesyen dia!

















Ada 3 jambatan gantung, total jarak 373.6 meter, tinggi
41-43 meter (lebih tinggi dari bangunan 8 tingkat!) 
Tinggi weyhh! orang sakit jantung, darah tinggi,
mengandung dan takut tinggi memang tak boleh naik.
sebab aku yang sihat walafiaat normal alhamdulillah ni pun
menggeletar kepala lutut.


Jambatan gantung dari pokok ke pokok


tinggi macam bangunan 9 tingkat. (mahallah KC. haha)


Pemandangan dari atas 




anith muka dah biru tu
























































Nak naik bukit, lepas tu jalan terkedek-kedek sebab gayat atas kanopi, lepas tu
turun balik, ada lah amik masa dalam sejam. Kami naik 1.30,
turun dah 2.30! memang tak sempat nak jalan pusing-pusing
poring sebab dah janji abang dengan tuh amik kami jam 2.30!

Tak habis pusing lagi poring tu... tapi apa boleh buat.
kena stick dengan plan. 2.30 kena bertolak balik Ranau
untuk amik bas pegi KK pulak pukul 3.


naik innova!





















Disebabkan kami lambat, 2.40 baru keluar dari Poring,
kami dah tertinggal bas pegi KK jam 3! :(
Terpaksa amik kereta sewa RM 20 satu kepala pukul 4.
tapi yang bagus nya kereta ni, dia bukak tingkap,
jadi tak da la mabuk sangat. lepas tuh dia hantar
sampai depan hotel. Kalau bas sampai terminal sj.
Beza RM 5 sj pun dengan bas. I think its
worth.


Jambatan Tamparuli

















Ranau - KK 2 jam lebih, sampai KK pukul
6.30 pm. Alhamdulillah..... Malam tuh
kami bermalam di Promenade Apartment yang
betul-betul berada di tengah bandar KK.
Apartment ni sangat sangat affordable,
book online RM 58 shj satu malam! Bilik besaaar, ada
ruang untuk memasak.... memang puas hati.

More info about Promenade Apartment [here]

Malam tuh dinner dengan kak Finie, terus balik
tidur sebab kepenatan yang amat sangat! Kena kumpul
tenaga pusing satu KK pulak besok! HAHAHA

to be continue........ [Last Part]
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment