18-22 May: Travel to Sabah (Last Part)

Don't miss the

Part 1 [here]
Part 2 (Rainforest Discovery Centre) [here]
Part 3 (Sepilok Rehabilitation Centre) [here]
Part 4 (Agnes Keith House) [here]
Part 5 (Mt. Kinabalu, Kundasang) [here]
Part 6 (Poring Hot Spring, Ranau) [here]


Last Part
Assalamualaikum. selepas berperang dengan cik Malas.
akhirnya aku menang dan dapat update blog cerita yang suda
basi wooo. sayang kalau dibiarkan tergantung di
tengah jalan. biarla dihabiskan buat tatapan sendiri
di masa depan! :D

22 May (Hari terakhir) - Kota Kinabalu (KK)
Kami cuma ada kurang dari 6 jam untuk pusing
satu KK ni! awal pagi dah kena gerak!

check out awal pagi!

















Nexus Beach Resort, Karambunai
Karambunai ni 28 km dari bandar Kota Kinabalu
memang agak jauh dan kena ada kereta kalau mau pegi sana.
Alhamdulillah and thanks to my sis, Kak Finie sebab sudi ambik
cuti sehari to be our tourist guide and driver! haha.

















This was our first destination. Quiet far but we enjoyed it!
Laut terbuka, pasir memutih memang pantai yang sangat awesome!
Subhanallah :')



Open sea... Subhanallah

































Disebabkan kesuntukan masa, kami tak sempat nak buat
banyak aktiviti macam mencanteng batik (RM 15, artwork boleh simpan)
atau mandi laut..eh. entah la boleh tak mandi kat pantai dorang kalau
bukan pelanggan hotel dia~




































Kami cuma 'strolling at the beach' tapi tak lama
sebab panas! lepak-lepak amik angin.. pusing-pusing
resort... tempat ni memang cantik. ada padang golf,
taman bunga semua. memang padanla dengan 5 bintang
yang diberikan untuk resort ni! :)







Kerambunai Resort!!
Lepas dari Karambunai kami lalu Masjid Besar KK. Amik gambar kejappp

Lepas tuh pegi Signal Hill Observatory Tower, tempat menarik 
yang paling tinggi di bandar KK! di sini kita boleh tengok satu 
bandar KK dengan laut China Selatan sekali! boleh bau laut dari 
Laut China Selatan dengan pemandangan bangunan KK yang 
pesat membangun! Mau naik atas bukit ni kena naik kereta 
atau teksi ikut Jalan Bukit Bendera.


Turun dari Observatory Tower, lawat Menara Jam Atkinson pula.
Menara ni dibina tahun 1903! Mercu tanda terawal di Kota Kinabalu
dan tertua yang masih berdiri di Sabah 

sedang dalam proses pembaik-pulihan

Menara yang asalnya dibina dengan kayu tanpa paku ini di bina sebagai
tugu peringatan untuk Francis George Atkinson, pegawai daerah KK yang 
pertama. Beliau meninggal dunia kerana menghidapi "Demam Borneo"
masa beliau baru berumur 28 tahun. Hm..tak tahu la demam apa tuh... 

Next destination......
Borneo 1945 Museum Kopitiam! more about them [here]
Kopitiam ni telah dianugerahkan 'Best Kopitiam Award' oleh Kementerian
Pelancongan Sabah. Bukan sebarang kopitiam ni, banyak barang-barang
vintage dorang pamerkan. 

Disamping tu, ada ''timeline history of World
War II in North Borneo'' dorang pamerkan di situ.sangat menarik. 
minum minum sambil menghayati Sejarah Perang Dunia Kedua.

Papan World War II History 
Minum kopi rehat rehat sekejap.... then we headed to 
The Old Welfare Building yang berada di depan Suria KK.
Ia antara bangunan terlama di bandar KK. Sebenarnya bukan 
bangunan pun. Tapi yang tinggal cuma tiang-tiang bangunan. 

credit

Panjang sejarah dan cerita pasal bangunan ni!
yang aku dapat ceritakan, ini adalah bangunan kerajaan british
masa awal abad 18. Lepas tuh, berpindah milik kepada 
Sabah lepas merdeka sebagai Welfare Building. Kemudian,
dorang nak bagi pula bangunan ni kepada 'Sabah Art Gallery' 
sebagai Galeri Seni. Tapi malangnya bangunan ni
terbakar pada tahun 1992. Akhirnya yang tinggal hanya la
tiang bangunan....


Awalnya memang terbiar lah bangunan ni dengan semak 
samunnya, penagih dadah semua... Lepas tu someone 
amik inisiatif, jadikan tempat ni melukis graffiti. What happen
next? Bangunan ni menjadi salah satu tarikan seni di bandar KK.


Sampai ada pelukis grafitti dari luar negara datang jauh-jauh 
semata-mata mau melukis di sini. Hebat kan!
Tapi ada juga orang yang tak suka dengan keadaan
tempat ni (di penuhi graffti) dan mahu bangunan ni
di hancurkan sj atau di bina semula.

"It has become the eyesore of the city!" - dorang cakap...

Baca lebih banyak di sini [sini]

Kemudian... kami pergi beli keropok amplang dan
kuih cincin! memang banyak anith borong!
satu plastik besaaaar! yalah. keropok ni cuma
ada di Sabah. hehehe



Then, kami lunch, solat and headed to the last destination.
Guess what? mestilah Muzium Sabah !

Di Muzium Sabah ada banyak bahagian. Ada bangunan utama muzium,
Muzium telekomunikasi, Muzium pasal minyak dan petroleum, Muzium
pasal kereta api, Galeri Seni dan Taman Rumah-rumah etnik Sabah
















First, pergi Taman Rumah Etnik Sabah!

Rumah Panjang Orang Rungus















Dorang bina miniature rumah-rumah etnik Sabah macam kaum
bajau, rungus, sungai, kadazan etc dalam satu taman yang
besar! So enjoy some of our photos

Rumah Orang Brunei




Rumah Pekebun Cina



er. entah la apa benda kami main tuh -.-





























Di sini ada juga orang tunjuk demo macam mana
dorang sulam beg rotan, macam mana dorang
jahit baju tradisional, buat tembikar dan macam
macam lagi!

















Lepas tu pegi muzium kereta api. masuk dalam muzium
tak amik gambar pulak. hmm.

Ni pula muzium telekomunikasi. Tak bole bawa kamera
tapi curi curi gambar :P

3,2,1.... "Berita terkini dari RTM 1"


Kami ada pergi Galeri Seni Sabah jugak. tapi tak
boleh bawa kamera masuk..


Disebabkan tak cukup masa, ada lebih kurang 1 jam setengah lagi 
sebelum flight anith, kami tak sempat pegi muzium minyak 
dan petroleum dan Bangunan utama muzium yang banyak
mempamerkan barang arkeologi pra-sejarah sabah, baju baju
tradisional sabah, alat pertanian tradisional etc..... more to life
of Sabah back hundred years ago la.


Flight Anith pukul 6.30pm, kami pergi airport dalam pukul
5 lebih. Kak Tasha yang hantar, and finally she landed
safe and sound at KL on 9.30 pm :)

at KKIA

Alhamdulillah. Akhirnya, aku berjaya juga habis kan Travelog
ku yang paling panjang dalam blog ni. Ada TUJUH PARTS
semua! tak tahu la kalau ada orang sanggup baca semua.

Kak Tasha and Anith
Tapi insyallah, aku harap apa apa info pasal tempat 
yang kami lawat ni dapat menambah pengetahuan tentang 
Sabah bagi yang membaca nya

Kalau mau tahu, travel kali ni tak habis pusing pun!
kalau dalam peratus, I dare to say baru 25 peratus!
ADA BANYAK LAGI TEMPAT MENARIK DI SABAH!
mau pusing semua? kena la banyak masa dan banyak duit!

But I hope, my journal would give you some perspectives
about travelling around the Sabah roughly.

JOM MELANCONG DI SABAH!

6 comments:

  1. JEALOUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

    ReplyDelete
  2. Dh habis baca 7 entries... yeaayyy to me... & to u too.... ttp bsmangat wlaupn plancngnya 1 org sja...!!!

    ReplyDelete
  3. Iza! bertuah punya budak. akak search kat google pasal melancong ke Sandakan jumpa pulak blog dia. ni tak sabar ni nak gi Sandakan! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. BHAHAHAHAHA selamat mmbc blog saya tnxxxx. ^^

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete