Apa itu Al Mathurat?

Assalamualaikum.
Alhamdulillah Allah bagi ilham update blog lagi!
kali ni cerita pasal Al-Mathurat.

Saya yakin ramaaaaaai yang dah tahu apa itu
Al-Mathurat especially yang pernah tinggal di asrama.

ihsan google












tapi saya tahu ada ramaaaaaaaaai juga yang belum tahu.
pernah dengar orang sebut. tapi setakat dengar ja la. kan?

Jadi insyallah saya kongsi dengan semua yang saya
termampu tentang Al-Mathurat.

Al-Mathurat adalah himpunan ayat-ayat Al-Quran
dan hadis yang berbentuk doa. Ia merupakan wirid dan
doa harian yang diamalkan oleh Nabi SAW.

Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna
(ihsan google image)



















Kemudian nya ayat-ayat ini disusun oleh
Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna, Founder
Ikhwanul Muslimin. Akhirnya ia menjadi satu bacaan
yang seragam di seluruh dunia. Bacaan tersebut
namanya Al-mathurat.

Bila di seragam kan macam ni, di mana-mana pun kita
berada, susunannya lebih kurang sama jadi senang
dibaca beramai-ramai. insyAllah mudah di hafal.

ihsan google













Setiap ayat dalam Al-Mathurat mempunyai
fadhilat (kelebihan) nya masing-masing
merujuk kepada hadis-hadis Nabi SAW.

ini adalah link fadhilat setiap ayat [link]
Tapi yang dalam link tuh cuma untuk Al-Mathurat Al-Sughra.

Al-Mathurat ni ada dua jenis: Al-Kubra dan Al-Sughra.
Al-Kubra mengandungi bacaan yang lebih panjang
manakala Al-Sughra bacaaan nya telah diringkaskan
Ikut la kesenangan dan kelapangan masa masing-masing
nak baca yang versi panjang atau yang pendek.

Ini anggaran waktu yang di ambil untuk membacanya
(kalau di baca dengan express)
Kubra: 45-60 minit
Sughra: 15-20 minit

ihsan google













Waktu yang disarankan pulak adalah selepas
solat subuh, dan selepas solat asar.
Kalau tak sempat baca sebab sibuk dengan
kerja harian, tak salah kalau pasang di kereta,
atau dengar MP3 masa trafik jam dalam kereta
lepas asar. Kalau hafal lagi bagus!
boleh baca ikut sama :)

ini link untuk MP3 Al-Mathurat [Pagi] [Petang]

Kenapa mau baca Al-Mathurat ni???
Seribu kelebihan dan pahala yang kita peroleh.
ini sedikit ringkasan yang boleh disimpulkan.

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara 
   yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan
   dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada
   hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin
   untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang
   yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudharat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara
    oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya
    di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah
   dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Subhanallah. dengan hanya meluangkan sedikit masa
membaca Al-Mathurat, dengan izin Allah, insyAllah
kita akan dapat semua fadhilat ini.

ihsan google














Mana mau dapat bacaan Al-Mathurat ni?
Banyak di kedai-kedai harga RM 1 pun ada!
yang sekali dengan Yasin pun ada. saiz
tak besar pun. lagi kecik dari tapak tangan.

So tunggu apa lagi, jom beli dan sama-sama
kita hidupkan hari-hari kita dengan zikir Al-Mathurat
terutamanya di Bulan Ramadhan nanti :)

Kalau rasa malas mau heret ke sana sini
buku Al-Mathurat, Aplikasi dari Android Market
pun ada! ni link dia [here]

Insyallah.

credit: [link] [link]
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment