Apa itu dietetik?

Assalamualaikum.
Sudah lama menghilang kan?
Haih. Macam tu la bila orang suda bekerja.
ceh... part time ja pun jaga kedai souvenir di
airport Sandakan. pfft

Alhamdulillah hari ni off day dan ada jugak
mood serta idea untuk update blog.

Syukur ke hadrat Allah SWT atas rahmatnya,
dan doa yang tidak pernah putus dari ibu bapa,
keluarga, kawan-kawan dan guru.

alamat tuh siapa mau hantar kad raya pun bolehh








Aku berjaya juga sambung degree :)
Bachelor of Dietetics (Hons) di IIUM Kuantan Pahang
selama 4 tahun insya-Allah...

Deitetics? *semua berkerut*

Yahhh memang jarang dengar degree ni.
Hanya enam universiti awam dan satu universiti
swasta menawarkan bidang ini..

Fakulti Dietetik di UIA Kuantan (credit to Na'im Rajin)









Daddy nak limaplohkali tanya macam mana dietetics
tuh. Kakak, makcik, pakcik siap minta ulang dua tiga kali.
lepas tuh baru cakap "oooohh dietiticiannn...
kerja macam mana la tuh?"

Soalan lazim dilemparkan.

Awalnya aku akui aku memang takda idea pun apa
benda dietetics ni. Diet? Makan? aku main pilih ja
sebab aku dengar diet subjek dia relax. dia pasal 
kehidupan harian.senior cakap la. ntahla...
dan yang penting, yang terus membuatkan
mata aku bersinar-sinar bila mengetahuinya ialah

TIADA MATH.

Serious??? COOOLL AWESOOOMEEE.
ok, itu teruk. math tu penting la wheyy.

*sigh* bukan apa. aku dari dulu lemah math.

"hisy kau ni iza dah mind set macam tuh memang jadi susah la!"

ya. memang aku teruk sebab dah tertanam,
terpasak, tertunjang mindset tuh sejak 11 tahun yang
lalu bahawa matematik itu bukan minat ku dan agak sukar
nak score kalau minat tiada.

Jadi Dietetik belajar apa sj la?

Okay ni subjek-subjek Dietetics selama 4 tahun.

Year 1
Semester 1
-Food Sciences
-Nutritional and Health
-Functional Biochemistry
-Human Structure & Function 1 
-Developmental Psycholgy in Health Sciences. 

Semester 2
-Nutrition in Life Cycle
-Food Microbiology
-Food Analysis
-Principle of Food Preparation

Year 2 
Semester 1;
-Nutrition and Genes
-Nutritional Status Assessment

Semester 2;
-Nutritional Immunology
-Nutritional Education and Health Promotion
-Basic Medical Nutrition Therapy

Year 3 
Semester 1;
-Intermediate Medical Nutrition Therapy
-Social and Cultural Issues in Food and Nutrition
-Seminar in Dietetics-Counseling Skills for Dietitian

Semester 2;
-Advanced Medical Nutrition Therapy
-Catering and Food Service Management
-Preparation of Therapeutic Diet
-Community Nutrition Placement,
-Research Project in Dietetics 1.

Semester 3;
-Industrial Training: Catering & Food Service Placement.

Year 4
Semester 1;
-Research Project 2, Clinical Rotation

Semester 2;
-Clinical Rotation.

WHOAAAAH berpinar-pinar mata bila baca
semua subjek di atas! +_+

btw, tahun ketiga dan empat
lebih kepada buat thesis and practical dahh.

Tipu la kalau tiada kira-kira dalam subjek-subjek
tuh kann. hmmm atleast aku tahu ia mungkin tak se-komplikasi
algebra, function, differentiation blah blah blah tuh.
INSYA-ALLAH -.-

Sebab tiada math ja amik dietitics?
Itu parah tuh.

Oh tidakkk. awalnya mungkin ya.
tapi lama kelamaan aku dapat semangat
untuk mengambil degree dietetik ni
bila buat research sikit-sikit.

ihsan google












Best taw. kau bole belajar pasal makanan,
benda asas yang kau selalu jumpa hari-hari.
Kau berkenalan, bercinta dengan
makanan dan kesihatan yang terang-terang
sangat penting dalam kehidupan.

Kau juga boleh mendapatkan cara hidup
lebih sihat dan praktikal. Boleh ajak mak
ayah, adik beradik semua amalkan cara
pemakanan sihat. Yalah. family aku.
ada yang tak sihat. Kami ada penyakit
keturunan seperti asthma dan sinus.
Momy ada high blood pressure.

ihsan google





















Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah
sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan
apa yang lazimnya."

Hah tengok. Betapa penting nya pengetahuan
tentang makanan atau kita akan mudah
mendapat penyakit kalau mengabaikan
cara pemakanan.

Insya-Allah bidang kerjaya ini
dapat membantu masyarakat mengamalkan
pemakanan sihat!

P.S : Aku ni sebenarnya buncit dan kuat makan.
so kena la amik dietetik supaya dapat motivasi untuk
diet -.-

To be continued......... Bidang kerja Dietetik [here]

credit: [link] [link]

39 comments:

  1. Assalamualaikum akak :)

    Akak, saya nak tahu, kiranya subjek2 dietatik ni banyak chemistry ke? with all the chemical reactions? :
    Tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani nak cakap sebab tak start study lagi .. sorry v__v

      Delete
  2. congratulations! i don't understand malaysian but the letter form says it all :D i love dietetics, enjoy your years^^

    ReplyDelete
  3. salam akak, berapa pinter nak masuk couser nih? btw kalau bukan dari UIA nak smbung degree kat UIA boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. 2.5 boleh masuk dah.. :) dr U lain nak masuk uia boleh. biasanya lepasan STPM. kalau dari matrik/asasi u lain, kena buat surat rasmi la kot.

      nak tanya students uia, ble visit page ni
      https://www.facebook.com/groups/302228383166363/

      Delete
  4. aslamualaikum kak .saya amik sains sukan boleh amik ke course ni ? saya tak amik sains tulen di sekolah .hanya amik sains sukan

    ReplyDelete
  5. akak tak sure la pulak kalau takde spm sains tulen bole apply asasi uia ke. sebab setau akak mmg kena belajar balik addmath, bio, chem, physics kat asasi. bila habis asasi baru ble smbg dietetics. nanti akak confirm balik . email je akak kat sini nti awk balas : izaramos92@gmail.com

    ReplyDelete
  6. akak, kalo x ambik fizik boleh x ambik kos nie?
    tp sy ambil bio n kimia. cuma fizik tu digantikan dgn sc comp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh insyaAllah.. xde study pun physic

      Delete
  7. Akak, kalau bukan dari uia, kene buat surat rasmi ke?? sedihnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn sedih.. akak rasa bole kot. biasa ada yg dr form 6 masuk degree. klu masuk asasi pun buat surat rasanya. dtg la ofis dia kat petaling jaya tanya :)

      Delete
  8. Assalamualaikum kak...alhamdulillah... Best Baca cite ttg bidang dietetik ni...bidang ni bnyk kpd subject bio ke kak?... :)

    ReplyDelete
  9. Salam akak,cgpa akak masa asasi berapa ya ? Dan,kena interview dulu je sblum nk further in degree? Saya kos allhs di uia dan nie dh msuk tahun ke-2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pointer? rahsia. hehe. yg pntg over 2.5 insyaAllah lepas.mmg ada intvw. tp kemasukan dietetik kat uia setakat ni sgt3 kompetetif. dengar2 junior yg bakal masuk 80 org tmasuk kos nutrition! mmg mengejutkan. time akk 32 org je tw. semoga dpt dietetik.. doa bbyk. (klu awk nk smbg dttk la)

      Delete
  10. Assalamualaikum.. akak nak tnya mmg xd math lgsg ke.. n intrview dia tnya ap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. subjek math memang takde. tapi ada la kira-kira kalori skit. ada belajar probability skit.. tapi tak banyak. yang banyak membaca dan mengahafal

      Delete
  11. Kak if bukan from asasi uia still boleh apply ke course ni kat uia or wajib ada arab? And pointer 3.3 tu peluang tinggi tak nak dpt course ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3.3 insyaAllah tinggi tu.. tp tula, klu bukan dr asasi uia mcm susah sket nak dpt sbb uia utamakan student dr uia. tp boleh apply melalui surat.

      Delete
    2. Assalamualaikum, akak. Kawan saya dia tak ambil Sains Tulen tapi dia minat dengan Dietitic ni. Kawan saya ambil Sains Perdagangan. Dia tak belajar Biology, Chemistry, Physics & Addmath. Saya ada 2 soalan kak nak tumpang tanya. :)

      1) Boleh ke student yg tak ambil Biology, Chemistry, Physic, Addmath ambil Asasi dkt UIAM?

      2) Boleh ke Sains Perdagangan ambil bidang Dietetics?

      Tq kak :)

      Delete
    3. @Nur Nabilah wasalam

      1) Boleh. tp bukan sains base. mcm law, human science
      2) unfortunately, xbole... itu uia la. klu u lain tak tahu

      Delete
  12. Salam akak. Nak tanya. Apa beza dietetik dgn pengajian makanan ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengajian makanan tu yg mana satu ke? food science ke? itu lebih kepada lab. Nutrition lebih kpd pencegahan penyakit dalam masyarakat. dietetik, kerja dlm hospital utk bg makan org sakit dgn mknn yg seswai spy cpt sihat

      Delete
  13. Salam kak iza, nak tanya. Subjek biochemistry blaja apa je?
    Is it hard to understand?

    and satu lagi, kalau budak2 nutrition masuk kitchen tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Biochem tu macam chemistry skit. tapi tak detail la belajar elektron proton semua. more to study about glucose, fat and protein metabolism at molecule level

      ya budak nutrition masuk kitchen

      Delete
  14. Assalam, akak, maaf mengganggu. Currently saya mrupakan plajar Allhs cfsiium. Saya nk tnye btul ke kos diet ni mmg sgt competitive dlm klgn bdk uia? Klu mse asasi Bio 1 dpt B, tp sbjek lain smue B+ ke atas, agaknye boleh dpt x dietetik ni? Btw cgpa sye stkt ni alhamdulillah 3.5.
    Oh lg satu, kuota yg uia ttpkn utk kos dietetik ni brp org ye utk satu batch?? Huhu hrp akak dpt bntu. Jzkk!! Tqvm!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. setakat ni kos agak kompetetif sebab ramai yg nak masuk kos ni. Tp insyaAllah kalau cgpa 3.5 ke atas peluang cerah dpt dietetik. Biasanya kuota 60 org kot . dia brubah2 setiap tahun

      Delete
  15. diploma dulu ambik apa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya amik asasi. lebih kurang macam matrik

      Delete
  16. Salam sis iza. Nk hubungi awk mcmne ye. Boleh bg emel atau fb?

    ReplyDelete
  17. Klu dari matrikulasi nak ambil dietetik di UIA boleh ke? Pointer kena berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lepasan asasi uia yang diutamakan. tak payah risau sbb adik boleh juga apply dietetik uni lain mcm uitm, upm, unisza dan byk lg

      Delete
  18. Assalammualaikum akak, saya bekas pelajar asasi sains uitm, kalau nak masuk uia kena hantar surat bila ya? And ada kena isi borang apa apa ke? Kena amik bahasa arab ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Maaf akak pun tak pasti. tapi boleh call terus ke fakulti dia: +609 - 5716400

      Delete
  19. Akak kalau kite amik dip foodtech Kat poli senang x nak sambung ijazah dietetik nie?.saya berminatlah bidang dietetik nie.mohon pencerahan.thx

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah takda masalah nak sambung ijazah dietetik :) cuba mohonlah okay. All the best

      Delete
  20. Salam, saya nak tanya kalau daripada kos foodtech( teknologi makanan) nak lanjutkan ke degree dietetik di uia bagaimana ye caranya? Saya dgr ada intake february. Adakah kena beli pin penerapan atau upu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. Kamu drpd dip food tech ke? nak ambil degree dietetics? InsyaAllah takda masalah. Kena melalui direct intake la. Tapi setau saya, dietetics tiada 2nd intake. Semua intake bulan 9. Allahualam. Sebaiknya kamu telefon terus office allied health science: +609 - 5716400

      Delete