Apa Pekerjaan Dietitian?


Assalamualaikum
post in adalah kesinambungan dengan post lepas [link]

Kerjaya dietician ni masih tak ramai orang kenal
especially dalam kalangan masyarakat umum.
Pernah dengar. tapi setakat dengar-dengar ja la.

ihsan google










Daddy pun sedikit risau bila aku dapat degree ni.
Dia tak tahu kerja apa yang aku bakal dapat.

Aku pun awalnya tak tahu apa peluang pekerjaan
yang di buka untuk bidang dietetik ni. 
Lepas dah research sikit, baru aku sedar,
Bidang dietetik mempunyai peluang pekerjaan
YANG SANGAT SANGAT LUASSSS

GILA LUAS TAK TERKATAAAA
eh. over la iza. -.-

Contoh kerja? Check these out!

Pakar Pemakanan Klinikal
Memberi tumpuan kepada perkhidmatan 
pemakanan untuk pesakit di pusat penjagaan 
kesihatan seperti membangunkan dan 
melaksanakan terapi pemakanan perubatan 
untuk membantu pemulihan pesakit.

Pakar Pemakanan Komuniti
Memberi tumpuan kepada keperluan
pemakanan individu dan masyarakat.

Pakar Industri Pemakanan
Memberi tumpuan kepada penyelidikan dan 
penyebaran maklumat mengenai kandungan 
produk makanan dan pemakanan tambahan yang baru.

Pakar Perunding Pemakanan
Memberi tumpuan kepada pemeriksaan pemakanan 
dan memberi  khidmat rundingan mengenai diet 
berkaitan seperti penurunan berat badan, kolesterol, 
glukosa, tekanan darah dan sebagainya.

Pakar Pemakanan Pengurusan 
Perkhidmatan Makanan
Memberi tumpuan kepada perancangan besar-besaran 
makanan dan penyediaan kemudahan penjagaan kesihatan, 
kafeteria dan sekolah.

Pakar pemakanan bagi agensi kerajaan bagi program 
kesihatan keluarga, memberi pendedahan kepada 
masyarakat mengenai pencegahan penyakit kronik 
seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan 
kardiovaskular.

Pakar pemakanan di hospital kerajaan atau swasta.

Perkhidmatan kuantiti pemakanan, sukan, pusat 
kecergasan, industri kesihatan dan kecergasan dan media.

Perunding pemakanan atau dietetik dalam 
industri makanan multinasional.

Ahli akademik dan penyelidik di institusi kerajaan 
dan swasta.

Insya-Allah Allah itu Maha pemurah dan Dia lah pemberi
rezeki. Banyak berdoa dan berusaha, setiap bidang
yang kita ceburi itu pasti Allah ada untuk membantu :)

Hope this post can give u some perspectives on 
dietetics carrier. :)

Update 2015: Sekarang saya dah final year dan masih minat dengan dietetik! Blog terkini saya adalah ubatpensil < jom lawat ke blog tersebut!

Update 2016: Sekarang saya dah grad. Alhamdulillah. Masih menulis. Tapi bukan di blog ni dah. Jom lawat blog terkini saya! ubatpensil.wordpress.com 

92 comments:

  1. bes x blaje couse ni?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.akak, saya tingkatan 4 dan ambil spm tahun hadapan.saya berminat dgn course ni.nak tanya course ni ada kena buat apa apa pembedahan tak?

    ReplyDelete
  3. xde pembedahan. kena hafal anatomy badan je la. tengok organ2 real sikit.. ada bedah tikus la time matrik.

    ReplyDelete
  4. macam mana perancangan untuk mengambil bidang dietetik ni... dari lepasan spm sehinggalah bidang dietetik ini tercapai..

    ReplyDelete
  5. route uia:
    SPM (science stream) > UPU (apply UIA: Kesihatan Bersekutu, kalau xdapat xpe. boleh minta tukar masa kat sana lepas daftar) > Study asasi UIA dua tahun > apply nak degree kesihatan dietetik > interview> kalau dpt, pursue la degree dietetik 4 tahun kat uia kuantan > graduate cari keja > klu result hebat boleh smbg terus master. nak keje pun bole tp government susah sbb tinggi competition bole kj swasta dulu.

    route bukan uia:
    matrik setahun > upu > apply dietetik > USM, UKM, UPM, etc. uia x amik lepasan matrikulasi

    insyaAllah

    ReplyDelete
  6. mcm best ja course ni...sy lepasan spm..tgh tggu result,mmg UPM,UKM,USM n UIA je ke yg twarkan bidang ni? kalau ambil diploma dlm bidg ni....bole ke..? or.. ambil asasi sains...pastu bole ke smbg ijazah dlm bidang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setau saya xde diploma untuk dietetik. untuk nutrisi mungkin ada tapi tak pasti di mana. boleh amik matrik asasi sains hayat lepas tu mohon upu minta dietetik dekat uni yang berkaitan

      Delete
    2. Dekat uitm ade diploma food technology.. Rasanya boleh smbung degree sarjana muda dalam pemakanan dan dietetik.

      Delete
  7. Assalamualaikum kak saya minat bidang ni...tapi akak rasa saya perlu ambik matrik atau asasi...apa pendapat akak ttg bidang ni...pada 5 tahun akan dtg...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua dua pun okay. cuma akak sarankan ambil asasi. asasi UIA lg bagus sbb insyaAllah peluang dpt dietetik tu lebih cerah sebab tak perlu isi semula UPU lepas habis asasi. Pointer cukup, confirm dapat :)

      masa dpn bidang ni? kalau lah dietetik ni manusia, sekarang dia baru dlm peringkat remaja. masih jauh lg perjalanan. skrg ni msh tak byk peluang pkrjaan di hospital sbb kerajaan tak bnyk buka, entahlah knp. tp org yg ada kelulusan ni byk peluang di swasta, kilang makanan, hosp swasta, syarikat korporat dll. nak jadi lecturer, researcher (professor) pun boleh.

      Delete
  8. sy dr asasi um..besenya kalau nk apply dietician, at least pointer brape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau melalui upu saya kurang pasti. mungkin 3.0? kalau melalui uia, 2.5 dah boleh apply dietetik.

      Delete
  9. slm. nak tanya. bidang ni memang luas eh? sbb sy pun ada bercadang nak ambil bidang ni. pekerjaan tak limited eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua pekerjaan pun, kalau ada rezeki insyaAllah dapat. kalau nak dapat utk government hospital agak susah sikit la. tp kalau nak try utk hosp swasta, insyaAllah sng

      Delete
  10. ipts mana yang tawarkn bidang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe this help
      https://forum.lowyat.net/topic/692794/all

      Delete
  11. akak iza, dietition and nutrition tu apa bezanya. sbb saya bdk mrsm, so MARA ada tawarkan SPC. dalam tu ada food and nutrition. sama ke ngn dietition kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dietetik dan nutritionist asasnya sama. belajar pun hampir benda yang sama. bezanya, dietetik belajar lebih dalam pasal klinikal. iaitu belajar pasal penyakit2 di hospital degan lebih detail. kalau nutritionist belajar pasal obesiti, anorexia, diabetes, darah tinggi, renal disease, sakit jantung je. tp dietetik belajar lagi bnyk jenis penyakit.

      nutritionist ni lebih kepada mendidik rakyat cara pemakanan sihat. buat pendidikan kesihatan pemakanan, buat aktiviti2 makan sihat, dorang juga banyak buat statistik kesihatan negara. buat banyak kajian utk memastikan rakyat sihat.

      lagi satu, dietitian boleh jadi nutritionist tp nutritionist tak bole jadi dietitian.

      Delete
    2. silap eja. bukan nutritionist. nutrition

      Delete
  12. kak, mohon reply cepat. anggaran gaji utk dietetik untk swasta and kerajaan berapa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori klu lambat. kalau kerajaan gaji terkini yg ditawarkan rm2260 kalau swasta tak pasti tengok tmpt. tapi biasanya lebih tinggi dari kerajaan. mungkin 2500

      Delete
    2. adakah itu utk gaji bg permulaan bekerja?

      Delete
  13. salam kak, sy lpsn asasi sains ipts. insya Allah nxt week smbung bachelor in nutrition. saya nk tanya, boleh ke nak proceed ke master in dietetic bila sy dh grad nnti ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak pasti, tp mengikut logik, akak rasa untuk smbg master dietetik kena ada basic degree dietetik. klu nutrition tak cukup. sbb nutrition dia beza sikit dgn dietetik. dietetik dia dalam sikit ke arah klinikal. tp kalau awk amik bachelor dietetik, nak smbg master nutrition boleh. insyaAllah

      Delete
  14. boleh ke dari deg. in nutrition nak smbung to master in dietetic and nutrition?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tp rasanya xdpt jd dietitian. jadi lecturer atau researcher kot

      Delete
  15. ada tak pelajar lelaki yg ambik course ni? thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada2. jgn risau. cuma tak ramai laa.. nisbah 1:6

      Delete
  16. kalau lepasan matrik dpt 3.15 lepas tak amik dietetik ni? peluang nak dapt kos ni tipis tak? kos ni tough ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada peluang. Kos ni tak tough kalau ada minat utk byk mmbc n hafal fakta2 biologi

      Delete
  17. Assalamualaikum,kak..nak tanye skit...bidang nih ade kene msak2 ke??n mcmne nak apply klau nak msuk uia bidang nih ye?? agak2 brape spm result plng mnima nak apply asasi course nih....My mom pon risau klau2 x de peluang pekerjaan klau amik bidang nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. Masak ada and kena pandai masak. cuma tak perlu terer la. asal tau ingredient makanan and cara masak sebab kena kira kalori.

      Nak masuk UIA kena apply UPU. minta UIA allied health science utk dpt kan dietetik. klu andai kata dpt UIA tp xdpt allied h.s, xpe. boleh tukar time dah duk uia.

      kalau nak dimudahkan dapat UIA drpd UPU, make sure science stream semua at least B+. kalau dapat 6-7A SPM oke dah. Tp tula persaingan tinggi.

      Peluang pekerjaan insyaAllah di mana-mana. nak dapatkan kerja kerajaan mmg payah. tp swasta ada je...

      Delete
  18. assalam akak.. saya berminat nak jadi dietitian tapi takut sikit sebab ada interview.. n thanks 4 information ..semoga dipermudahkan kerja akak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, cakap je time interview, awak minaaat sangat pasal pemakana sehat. hehe

      Delete
  19. assalamualaikum akak.sya skrg tgh tgu result.nk tanya kos ni ada ditawarkan diploma? klau ada uni mana ye? hrp akak dpt bantu saya.tq:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. akk rasa xda la diploma dietetik. tapi ada bidang nutrition. (asas sikit berbanding dietetik) tp ble further degree lps amik diploma tu. Maybe la akk xsure.. maaf

      Delete
  20. asalam akak... nak tanya,,dah xde diploma utq dietition so nak ambik apa? matrik??... and satu lagi dia ambik kira x faktor fizikal mse interview???... example: sseorang tu gemuk... mybe dorang fikir pemakanan sndiri pun tak pandai jaga ,mcmmna nak jd dietition (as example only)...... harap akak dpr rply..thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam... ye amik matrik. masa akak dorg tak tengok fizikal badan pon. batch akak ade je yg obese tp dpt masuk

      Delete
  21. assalamualaikum akak.. bidang ni boring tak? I mean,indoor ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. yep. mostly indoor. kalau suka sains pasal makanan xkan boring punya :)

      Delete
  22. Assalam akk, kalau ambil course ni boleh x buka klinik sndiri ? Tlg balas dekat fatihahnazri1@gmail.com boleh ? Hehe thankss

    ReplyDelete
  23. Salam kak. Saya nak tnya. Peruntukan dieticians di setiap hospital brp org ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. 3-5 org utk hosp kerajaan . tp insyaAllah dorang kata nak buka lebih banyak tmpt pada masa akan dtg

      Delete
  24. assalamualaikum akak. firstly, sorry bnyk tnya(: . sy lepasan matrik dan inshaaAllah tamat bulan 5 ni. (: sy berminat nk ambik course dietetik tapi pada masa yg sama sy juga berminat nk jadi cikgu BI. based on your opinion, akak ada apa2 suggestion x to which career should i prefer(as i am not graduated from UPSI or other KPM uni), bidang kerja yg mana lebih luas dan cerah. N lastly, course dietetik ni guna full english or sekadar major? hehe, 2nd last, akak skrg still belajar or dah masuk dlm alam pekerjaan? tyvm for replying. hope rezki akak ber-tmbh2 luas olehNya. ((:

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. kalau ada rezeki, mana2 pun ada peluang pekerjaan. Kalau suka sgt english amik la english. amik Bachelor English UIA, suka ngaja amik Tesl. Sbb jadi dietitian, xbyk ckp english. sbb byk jmpa org kmpg, org tua etc. klu nak jugak, further la smpi phd jd lecturer, ble ckp english time lecture. haha.

      kat uia semua full english. buku semua bi. akk skg dah 3rd year. :)

      Delete
    2. oo thanks akak for replying. hari ni result upu keluar. alhamdulillah sy dpt smbung kat umk, ijazah veterina. sy ada mintak dietetik tapi xdapat. in shaa Allah ni jalan terbaik utk saya. thankyou akak n do the best <3 :))

      Delete
    3. waaa tahniah ye .. dapat upu. Oke jugak tu veterinar. apa2 pun, minat kena ada dlm smtg yg kita buat tu :) thank u for ur pray

      Delete
    4. hehe thankyou. in shaa Allah :D

      Delete
  25. assalamualaikum akak..nak tanya,kalau ambil diploma teknologi makanan di uitm..then boleh ke further degree in dietitian kat uitm?.thankz and hope akak boleh reply:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak boleh la dik... cuba tanya org lain

      Delete
  26. Mcm best jer. . .subject apa mst power law masuk nutritionist nie kak???

    ReplyDelete
  27. assalam, akak.. biasanya buku apa yang akak guna untuk belajar ? ada tak buku yang akak nak sarankan untuk saya bersedia sebelum masuk asasi atau degree?thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waslam takde buku yg khusus. kena ikut keperluan universiti yg adik masuk tu.

      Delete
  28. akak, nk tanya skit. agak2 spm brape A bru layak utk amek course ni? sy tgah tggu result ni, lusa dah nk amek result. bimbang jugak kot2 x layak utk bidang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk uia 5a ke atas pun dah ble masuk. tp kalau dr matrik, nak masuk uia dah takble. kena masuk u lain mcm ukm, upm, usm etc

      Delete
  29. assalamualaikum ya ukhti. cehwahh arab giteww haha. okay abaikan.
    akak, sy nk tnye, knp akk pilih bdg dietician ni dr bdg2 yg lain yag ade under allied science like radiology ke audiologi ke..
    knp dietetics ni brada dlm hati akak cewah. mohon reply ye :) saya ni lpsn SPM 2014. still noob lgi psl universiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ya ukhti. :)
      asalnya sebab akak tak suka fizik. dlm radiolography kena byk kira pasal radio wave. dalam audiology pn sama, wave suara. dlm physio kira speed, velocity utk senaman. dalam optometry kira light refraction dlm lens. lbh kurang gitu la. dlm diet mostly kira2 kalori and takde la complicated. sbb tu amik diet. frankly speaking. tapi amik diet kena suka menghafal haha

      Delete
  30. Assalamualaikum kak, oh jadi bidang deititian ni banyak berkomunikasi la ye kalau dah dapat kerja nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. sangat banyak. skill komunikasi no 1. pointer no 2.

      Delete
  31. salam kak..saye budak matrik n akan hbis hujung bln 4 nnti.. nk tye klo pointer saya just 3.5 agk2 lps x kos ni?

    ReplyDelete
  32. salam kak..harap balas..sy form 4 tak amik sains tulen.boleh ke saya amik dietetik?

    ReplyDelete
  33. Salam kak, nk tnye kos dietetik nie, saingan tuk dptkn scholarship tggi x? N ape beze antre dietetik n sc makann? beza dietetik n nutrionist akk da trgkn kat ats.. 2 je soklan sye.. mekaseh😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. tak kot.. klu nak dpt sng scholar, pointer 3.5 ke atas insyaAllah boleh dapat. sbb student dietetik tak ramai pun.

      sc makanan takde kat uia taw. dia lebih kpd lab. kira brp vitamin dlm mknn pakai mesin canggih, cipta produk makanan, kira brp bakteria dlm mknn etc. byk kerja lab bebanding nutritionist and dietetian byk kerja dgn masyarakat

      Delete
  34. asslam akak, sy ada dapat iv dietetik this week so if you dont mind, ada tak apa2 tips akak nk share ? hehe tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. maaf kalau lambat balas and awk dah iv.. Just be confident, show your deep interest in this course. Try to find a solid reason when they ask you, "how would you contribute to the society by being a dietitian". and pray to Allah. Goodluck

      Delete
  35. assalam akak.. saya lepasan asasi sains uitm 14/15 .. pointer upu saya 3.55 and bio saya B- .. ada peluang tak rasanya utk saya dpt kos ini? layak x ? saya minat bio tp xde rezeki .. saya jugak minat study anatomy.. and dietetik ada belajar mathematics or calculus tak? sebab saya sangat minat mathematics dan kalau boleh still nak study maths lg in degree..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah klu ada rezeki boleh je. doa banyak2 ye. Rezeki di mana2 ada. Math n calculus mmg takde. just simple math je.. kira2 kalori etc. Kos ni banyak membaca dan menghafal. Ikut lah mana awk rasa nak further. More to math or toward biology and reading. Goodluck

      Delete
  36. assalamualaikum akk, saya pljr lpsn matrik,alhamdulillah dpt interview dlm dietetik , saya nk tnye kalu iv tu biasenye ape soaln famous yg die slalu tnye,lagi satu biasenye iv dlm bi ke bm? akak boleh bg sikt x tip2 nk iv dietetik...please...sory akak klu bnyak tnye n susahkan akk ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. akak iv kat uia. So memang bahasa eng. Tak sure klu u lain. rasanya eng kot. soalan femes, kenapa nak amik kos ni, how you would contribute to the society by being dietitian.

      critical question akk dpt, what is your opinion if obese people become a dietitian

      goodluck

      Delete
  37. akak. kalau mcm saya, waktu form4 ni saya ambik sains akaun. tapi kalau minat nak ambik course ni tak boleh eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda masalah. kalau ada ambil subjek biologi lagi bagus

      Delete
  38. Assalamualaikum sis. How do I contact you? I wanna ask you some questions personally

    ReplyDelete
    Replies
    1. kindly email me at izaramos92@gmail.com

      Delete
  39. Assalamualaikum kak, sy lepasan matrik 14/15. Kalau fizik c+ waktu spm dulu boleh apply dietetik tak? Or dia still tgk result spm kita dulu ke utk apply degree dietetik ni walaupun pointer kita dh ok? Harap kak dpt reply asap sbb tgh buntu

    ReplyDelete
  40. assalamualaikum..akak..saya berminat jugak nk jd dietition ni...saya bdk form4,aliran sains tulen,saya nk tanye,subject ape yg ditekankan utk amik course ni?add math kene terror ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena fokus dan minat kat subjek biology dan chemistry. Add math tkdela kena terer sangat. yang penting kena cepat kira2 la. kalau boleh congak kat kepala lagi bagus. ingatan kena kuat sbb dietetik ni kena banyak menghafal mcm doktor!

      Delete
  41. Salam kak, saya lepasan spm perdagangan Dan saya ambil juga fizik Dan kimia. Cuma saya tak ambil biologi untuk spm. Masih boleh ke apply untuk kursus dietitik ni? Harap akak boleh Bantu jelaskan. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. rasanya takda masalah. apa2 pun, kena melalui matrikulasi, form 6, diploma atau asasi, baru ble sambung degree dietetics

      Delete
  42. Hello, is there any clinical training while taking bachelor of dietetic in upm? does it include any clincal training? Will there be a chance to actually practice at real hospitals?

    ReplyDelete
    Replies
    1. indeed. Clinical placement we call that. and it's a requirement to do the training for 8 months at real hospitals and clinics

      Delete
  43. Salam akak. Saya ingin bertanya sekiranya saya melanjutkan pelajaran dalam course teknologi makanan. Pekerjaan tersebut boleh ke bekerja di hospital sebagai dietitian yang akak terangkan? Sebab saya mmg berminat nak kerja di hospital :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Kalau adik diploma food tech, kena sambung degree dietetics baru boleh kerja sebagai dietitian di hospital. :)

      Delete
  44. assalamualaikum. nak tanya, dietician ni dipanggil doktor juga ke? :)

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum kak..saya nk tanye... kalau pelajar lepasan stpm bidang sains sukan.. dan mempunyai asas biologi spm...sesuai ke ambik bidang ni..sbb result biologi xlh begitu bagus sbb tu ambik sains sukan stpm...hrp akak balas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Terima kasih sudi baca blog akak. InsyaAllah sesuai je ambil dietetik. Asalkan ada sains tulen. Cubalah apply. Kalau tak dapat, boleh ambil diploma berkaitan biology kemudian sambung ijazah dietetik. Macam tu pun boleh. :) InsyaAllah semoga dipermudahkan

      Delete