Tips study biology last minute.

HOHOHO macam gempak la tajuk kan.
HAHA. saat keboringan melampau akibat
cuti yang terlalu panjang, marila saya
berkongsi pengalaman masa kolej.
*u mad korang yang tak cuti? ehe*

Firstly, nak ingatkan, disebabkan saya ni
bekas pelajar pusat Asasi UIA, maka,
tips ini lebih 'applicable' untuk budak asasi uia.
Tapi kalau kalau student lain boleh ikut,
bole ja :)

selalu exam bio di dewan amf ni - ihsan google












Secondly, ni cuma perkongsian umum shj.
Kalau tak nak ikut takpa. nak ikut, suka hati la :D

Frasa  "Last minute" di atas bukan besok nak exam
baru nak bukak buku punya definisi. last minute sini
amik la dua minggu sebelum exam baru nak buka buku.
HAHA

Sepatutnya dan seharusnya tiada istilah last minute
jika hendak menjadi pelajar dean list atau pelajar
cemerlang. Sikap last minute ni harus dikikis! :(

ihsan google











Sibuk ber-koko di siang hari, bisnes jual sandwich
di malam hari, ber-midvalley di hujung minggu (eh)...
bila nak dekat exam baru kelam kabut nak revise -.-
memang tak patuuuuut. Sila jangan contohi saya.

Jadi apa yang saya selalu buat untuk last preparation?
*konon la last prep. padahal baru nak buka buku -.-*

My Main Secret Ingredient, OFF COURSE.....

Biology Compilation Examination Paper.
Atau, dalam bahasa, kompilasi kertas peperiksaan
biologi. Pihak UIA akan jual benda ni, koleksi kertas
exam bio untuk 4 semester yang lepas.

lagi satu, modul biology yang UIA buat. this is a
simple notes and main points extracted from the thick
Campbell Biology Book. -.- Fuh. Thanks UIA cause u
will to make a module for us.

makanan ruji - ihsan google












and another important ingredient too, pastikan korang
dah khatam syllybus dalam kelas. faham tak faham
belakang cerita asalkan dah ada basic knowledge for
every chapter.

Okay.
Cara last minute saya sebenarnya
stail group discussion.
sekianterimakasih.

ihsan google












okay meh list out.

FIRST:
Cari kawan sekepala buat study group. Lagi sikit
lagi bagus. in my case, kawan study bio aku seorang ja.

cari yang memang komited nak lulus bio, suka becakap
tapi yang bukan suka borak kosong atau memain. murah hati,
rendah diri, tak sombong atau angkuh.

SECOND:
Buka compilation bio, set exam paper pertama,
bahagian objektif. baca soalan pertama,
kenalpasti soalan tu bab berapa dan topik
apa.

lepas tu, salah sorang dari kamu, terangkan topik 
berkaitan dengan soalan tuh sambil tengok buku dengan
semangat! yang tak terangkan tuh mesti diam tak bole
menyampuk walaupun dia lagi terer bab tuh.

Yang mendengar tu, cuba buat-buat tak faham, soal balik
orang yang menerangkan (kalau memang tak faham pun soal
ja la). Kalau dia tak dapat jawab, baru discuss sama-sama.
Habis bincang benda tak faham tuh, suruh dia go on terangkan
topik tuh sampai habis. Jangan take over pulak 'presentation' 
dia.

dah habis terangkan topik tu, rujuk balik soalan pertama,
dan cuba jawab sama-sama tanpa rujuk buku. Done.
Pegi soalan kedua, kali ni orang lain pulak terangkan.

Yang tengah present tuh jangan biarkan kawan take
over present. Suruh dia diam. and pastikan kawan tuh 
tak mengantuk dan betol2 amik perhatian walaupun
korang tahu dia lagi terer.

ihsan google










Macam tu la...terangkan bergilir-gilir sampai soalan
ke empatpulohhhh. Nampak penat kan? tapi
percayalah SANGAT BERKESAN. sebab,
bila kita ajar orang, kita semakin ingat!

Walaupun kita tak terer bab tu, jangan risau, kawan
kita boleh bantu. JUST BE CONFIDENT! terangkanlah
seolah-olah korang cuba terangkan diri korang sendiri.
tula pentingnya cari kawan yang murah hati, tak sombong
atau angkuh. jadi dia akan sentiasa sokong kita,
bukan rendahkan kita.

THIRD:
Habis dah bahagian objektif set pertama kan? Sekarang,
pegi set exam kedua bahagian objektif juga. Kali ni
masing-masing jawab sorang sorang. Tak bole bincang!

Habis jawab, banding jawapan. Fokus soalan-soalan yang
jawapan korang tak sama. Kaji soalan tersebut bab berapa
topik apa. Lepas tuh, buat balik Second Step di atas untuk
setiap soalan tersebut. Berdebat la sikit tengok siapa
yang salah. Baru tak bosan kannn.

FOURTH:
Dah pulun objektif, kita beralih kepada soalan subjektif 
dalam set exam paper pertama.

Cara masih sama macam Second Step.
Setiap soalan, bergilir-gilir terangkan
Tapi bukan terangkan yang ada di dalam
soalan tu ja taw. tapi keseluruhan bab
yang berkenaan dengan soalan itu.

Contoh,
Soalan: struktur sel darah merah.
Kita terangkan: Komponen-komponen sel dalam darah manusia.

Lepas tuh, pegi soalan subjektif dalam
set exam kedua pula, guna Third Step.

Begitulah untuk set exam ketiga, keempat dan seterusnya,
gunalah Third Step bagi soalan objektif dan subjektif.

FIFTH:
Sekarang bahagian esei pulak. Bahagian ni la paling tough.
kan?? Hahh kami buat macam ni,

Kami agih agih tugas. Sorang jawab set 1 dan 3
Sorang jawab set 2 dan 4. Jawab SEMUA SOALAN
esei tuh walaupun dalam exam suruh jawab dua shj.

Tulis jawapan bentuk point molek-molek.
dah siap, tukar tukar jawapan tuh dengan partner.
Kalau ada tak faham, boleh la discuss.

faham dan kalau boleh hafal jawapan tuh.

SIXTH:
Bila berkesempatan, jumpa la lecturer memasing,
minta jawapan bio compilation untuk soalan yang
betul-betul checkmate,kalau dia baik hati, minta
rangka jawapan esei. Biasanya dorang tak bagi.
Dorang akan suruh baca dalam office dorang ja.
Bila baca tuh, korang salin laa. tuh pun kalau dibenarkan..

ihsan google












SEVENTH:
Pastikan exam compilation korang tuh dah jadi macam
belacan. Saya pasti, tatkala itu, exam bio mesti
dalam 2 3 hari lagi. Dalam hari-hari terakhir ni,
make sure compilation dah siap. Kalau tak sempat takpa.

Go on dengan step ni, scan la semua tutorial, quizzes,
dan compilation yang sudah terjawab tu. Tanya kawan,
bab apa lagi yang korang tak cover. Mana tahu terlepas
pandang kann..

DONE.

Kenapa compilation bio tuh sangat penting?
sebab... exam bio asasi uia ni sangat sangat sangat

sangat

tak variasi. susah tuh susahhhh. tapi tak variasi.

Soalan exam bio ni lebih kurang sama setiap sem.
tu la pentingnya siapkan compilation bio.
insya-Allah masa exam, korang akan perasan,
soalan dia lebih kurang macam compilation!

Soalan susah jadi senang. Lagi lagi kalau dah
hafal rangka jawapan esei. Kena lagi bila soalan esei
lebih kurang, memang SYUKUR ALHAMDULILLAH!

esei la paling banyak markah. tu la saya banyak fokus
bahagian esei...

tu la rahsia asasi biology uia. HAAAAH senior semua
dah masak daah. haha.

Insya-Allah, harap-harap post yang tak seberapa
ni boleh bagi sedikit idea terbaru tentang cara belajar
biology dengan tak bosan. Bila bercerita, dan orang
mendengar, kita mesti lagi semangat belajar kan?

Insya-Allah. Goodluck exam bagi yang nak exam dah.

P.S: takda rezeki nak dapat solid. -.-

9 comments:

  1. salam.
    hai kak. saya ni junior akak, tapi bukan uia la. saya nak tanya. macam mana kalau kita takda geng nak study sama2? contoh macam ni, saya lemah bio. member ada la 2-3 orang pandai bio. tapi saya tak reti nak study group. saya rasa mcm takleh nak catch up. dorg dah la fast learner. camne eh? harap akak dapat tolong saya.

    ReplyDelete
  2. wasalam. hai adik. akak sebenarnya tak terer bio pun.. partner akak pun sama takda la hebat mana. tak semestinya kita kena cari partner yg terer bila study bio. yang penting kita semangat nak study bio and confident. kalau kita rasa agak lemah bio, jgn study group sampai 2 3 orang. cuba study one-to-one. jadi bila dia laju, kita boleh suruh dia slowww w/out any bantahan dari kwn lain sbb dah korang dua org je.cari la mana2 geng, kwn rapat awak ke~ untuk study bio. tak kesah la dia terer ke tak. Insya-Allah ade nyer tuh. Goodluck

    ReplyDelete
  3. pesal gi baca tactic ni padahal bukan amik bio pun.haha habis pulak tu.terima kasih kerana membuatkan saya terbaca post anda hingga ke hujung.hoho :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha semangat je. em manatau bole guna pakai untuk subjek lain.. kan :P

      Delete
  4. salam...thnx for the tips..maaf boley tny x akak study gne buku campbell ke?? klu ye, akak gne lg x buku tu skrg??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. ha ah guna buku campbell. tp akak tkde buku tuh. pinjam ngn kawan je, photostat mana yang penting mcm gmbr2, tables etc. tak beli pun takde masalah. yg penting ada modul bio

      Delete
    2. ok..trima kasih bnyk...

      Delete
  5. assalamualaikum .... kalau bio nak dpt A study macam mana ? hari2 sampai x tido ke ? nk tanya macam mana budak yang dapat A dlm 4 science subjects study ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. first of all, sy tak dapat A pun dlm semua science subject.
      the main thing is passion. SEMANGAT nak belajar ilmu tu. kena baca faham dan hafal. jgn baca + hafal je. tak lekat dlm pale cmtu. kalau nak mudah igt, kalau sy, sy suka ajar org lain. dgn cara kita menerangkan kat org lain, kita lebih mudah igt! insyaAllah :)

      Delete