Keropok-Keropok di Sabah

Assalamualaikum. Ramadhan Karim  :)
Kini kita sudah di sepuluh hari terakhir sebelum
Ramadhan. Rasa sayu pun ada sebab bulan
paling mulia bakal pergi lagi....

Jadi maksudnya ada sepuluh hari lagi
la Aidilfitri kan! :)

Semua gambar di bawah ni saya amik di
sebuah gerai kecik di Airport Sandakan.
Kalau landing di Airport Sandakan
tuh jemputlah singgah membeli di gerai ni :)


Jom berkenalan dengan jajan/keropok
yang femes di Sabah!


Keropok Lidah.
SEDAP tapi cepat hancur lepas tuh berselerak.
keropok bersalut gula dan susu tepung :)



Keropok Amplang/Pelang-Pelang
Keropok yang agak femes jugak la. Ada yang daripada ikan,
ketam, udang.. paling sedap ikan!

amplang di kanan, Kuih kapit di kiri.















Kuih Kapit
Kuih ni di semenanjung pun ada. Kan? SEDAP
dan buat kita ketagih! haihhh

Unknown Keropok
Errr sebenarnya saya tak tahu apa la nama keropok ni.
Anyone Sabahan tau? dia ni keropok yang tak rapuh pun.
Dia lembut-lembut sikit. Rasa dia manis. Saya panggil
keropok mi sebab dia kalau ditarik macam mi halus melekat-lekat.

keropok mi?

















Kerepek Pisang
Semua tempat ada kan? tapi kerepek pisang Sabah
lain sikit. Rasa dia pahit-pahit manis. Kurang gula
tapi sedap and addictive! :P

keropok beras di kiri, Kerepek pisang di kanan.















Keropok Beras
Ni pun ada jumpa di semenanjung tapi bentuknya bulat.
Femes di jual di tepi-tepi jalan besar. Jadi kalau bermusafir, naik bas,
mesti banyak jumpa di jual di pondok tepi jalan.
Manissss .tak berapa suka +__+

KEROPOK UBI FTW!


















Keropok Ubi
This is my FAVORITE! kalau dah ada depan mata
memang tak bole stop makan. Sedap wheyyy..Rasa ubi dia osem.
MESTI BELI. tak pun beli la yang mentah terus.
Jadi boleh makan banyak-banyak.
yang mentah saiz medium RM4.50 ja.
*promotehabis*


Belinju

















Keropok Belinju
Ni keropok berasal daripada buah Belinju. Rasa dia pahittt
T___T tak tahu la kenapa orang suka makan. Biasa nya
dorang makan dengan kacang goreng dan ikan bilis.
Tapi ada juga yang berperisa. Bagi pedas sikit.

"Emping Blinjo" jenama nya. Belinju berperisa













Kuih Bangkit
Ni adalah kuih kebiasaan orang bugis di Hari Raya.
HIDUP KUIH BANGKIT!! Sedap gilaaaaa T___T sobss *terharu*
dah lama tak makan kuih ni. Kuih ni dari kelapa. ada juga
dari telur. sedap! susah mau di-describe-kan rasa nya!

Kuih Bangkit Kelapa


















Jadi itu la antara kuih atau keropok yang femes di Sabah.
Sebenarnya banyak jenis lagi dorang jual ni! Yang
saya tidak pernah jumpa pun ada! Mari-mari beli keropok Sabahhh :D

corner keropok yang comel.
P.S : Apa keropok kesukaan kamu? :)

2 comments:

  1. Iza, keropok mi tu bukan selalu orang panggil keropok karas?

    Nampak macam lebih kurang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mungkin la kot.. tapi keropok ni ada dua jenis.ada yang rangup, ada yang lembut. yg rangup karas la tuh namanya. :P

      tnx for the info!

      Delete