The Innocence of Muslim: Remuk hati ini :(

Berderau darah tatkala mendengar tajuk itu. kan?

Hah! memang jadi la agenda mereka menuang
petrol ke dalam api. Tapi. Hakikatnya,
reaksi kimia yang sepatutnya berlaku antara
petrol dan api itu tidak patut
terjadi dalam kalangan orang islam.

Kita bukan api!
Tapi.... sebaliknya apa terjadi?
Marah. Amuk. Sehingga terjadinya pembunuhan!

berdekah mereka tertawa melihat orang islam
radikal yang sedikit sebanyak telah memberi
perspektif negatif terhadap islam

itulah yang mereka ingin lihat!
Amukan orang islam sehingga hilang kewarasan.
itu lah yang mereka idam kan! melihat persepsi dunia
terhadap islam bakal berubah lagi. Agar dunia menjadi
takut semula dengan islam.

ya benar ia terjadi. beberapa pelampau melepaskan
kemarahan yang membuak-buak sehingga pembunuhan
berlaku. Namun puak minoriti itu hanya lah minoriti.
Tidak boleh di buat kayu ukur untuk mencerminkan
bilion umat islam lain di muka bumi.

credit
































Benar kita marah. dan benar...
ia cukup membuak-buak.

Marah kerana insan yang kita sayangi lebih
dari ibu bapa, lebih dari kaum keluarga,
dihina dan diperlekehkan! malah ditayangkan
terang-terangan kepada dunia!
Sakit hati ini melihat kebodohan mereka lakukan!

namun islam tidak mengajar untuk melepaskan
kemarahan dengan keganasan. Perkataan marah
itu sendiri sebenarnya tidak di ajar dalam islam.
Marah berlandaskan nafsu itu syaitan!
tapi sudah fitrah seorang manusia. Marah itu
pasti wujud. Cuma ia harus dipandu dengan
kebijaksanaan. Disalurkan dengan penuh hikmah.
Agar imej islam sebagai agama harmoni itu terjaga.

Nabi Muhammad S.A.W pernah berdakwah ke Taif.
Apa yang Baginda dapat? Tohmahan dan cacian?
Ah itu masih sikit! malahan, kasut baginda berendam dengan
darah nya sendiri kerana dibaling batu!
Sehingga datang Malaikat memohon
kebenaran untuk menghancurkan mereka.
Namun, apa yang baginda jawab kalau bukan "Jangan!"?
Lantas, doa ikhlas pula baginda titipkan kepada penduduk
tersebut, agar Allah turunkan hidayah kepada mereka

Subhanallah. Tiada sepatah perkataan pun yang
layak dikhususkan atas kemuliaan sikap yang
nabi tunjukkan itu. Allahuakbar.

Cacian dan hinaan terhadap Rasulullah bukan baharu.
Semenjak diangkat menjadi Rasul hinggalah
ribuan tahun kemudian nabi tinggalkan kita.
Kaum yang menghina rasulullah ini tidak kenal
erti berhenti.

Apa yang baginda buat? Adakah baginda berdiam diri?
membutakan mata, memekakkan telinga?
menyembunyikan diri dan hanya tahu beribadah?

TIDAK! tidak sama sekali!
Baginda bangkit! memperkasakan perjuangan dakwahnya.
Menunjukkan akhlak yang terbaik kepada musuhnya.
Sehingga ramai orang-orang berpengaruh dari kaum musuh
memeluk islam kerana jatuh cinta dengan akhlak nabi tunjukkan.

Orang gila! Ahli sihir! Penipu besar!
semua itu panggilan yang dilemparkan kepada baginda.
Pelbagai propaganda dilakukan oleh orang kenamaan
dari kaum kafir untuk mencuci fikiran masyarakat betapa
jahatnya Rasulullah. Namun itu semua tidak mampu
mempengaruhi sebilangan orang ramai.
Kenapa?

Because, action speak louder than the word!

Akhlak mulia baginda menolak jauh semua
tuduhan yang dihamburkan.

Maka. apa tuntas sebenar yang ingin disampaikan disini?

Fenomena penghinaan terhadap nabi ini sangat
meremukkan hati. Namun keganasan tidak sepatutnya
menjadi solusi kepada kemelut ini.

Saya bukan menidakkan segala perhimpunan
umat islam yang berlaku di seluruh dunia.
Cuma saya mengharapkan hikmah dan kebijaksanaan.
bukan keganasan diterapkan dalam perhimpunan itu.

first time join perhimpunan aman

















Kita harus bersuara lantang memberitahu dunia bahawa
Rasulullah adalah insan yang paling kita cintai!
Rasulullah adalah kekasih Allah!
Rasulullah adalah insan termulia.
bukan sewenangnya dipermainkan,
diperlekehkan sesuka hati!

Kita harus bersuara lantang memberitahu bahawa
Nabi Muhammad SAW telah mewariskan akhlak yang
terbaik kepada kita melalui sunnah yang ditinggalkan.
Kalaulah Baginda akhlaknya buruk seperti yang
mereka uarkan. Buktikan mereka SALAH
dengan menunjukkan akhlak termulia islam ajari.

Jangan berdiam diri memeluk tubuh dan lutut.
Bangkit. Ajari mereka. tunjukkan bahawa islam
agama yang terbaik, Islam agama harmoni.

berendam air mata mendengar luahan wakil mahasiswa setiap fakulti

















Beritahu mereka dengan hikmah.
bukan dengan keji.
bagaimana hendak kita menarik minat mereka kepada islam kalau
kita menangkis tohmahan mereka dengan makian?

Beritahu dunia kita cinta Rasulullah!

namun perkataan cinta tidak bererti
kalau perintah Allah dan sunnah baginda kita abaikan.

Ini adalah peringatan untuk diri saya.
jangan alpa dengan dunia iza :(

P.S: tak sanggup dah nak tengok filem tu lagi walaupun hanya trailer 15 minit

4 comments: